Skip to main content

UNIVERSITI SEBAGAI GEDUNG ILMU, BUKAN PENJARA, MAHASISWA TUNTUT KEBEBASAN AKADEMIK.


Tanggal 29 Jun dan 7 Julai, 13 mahasiswa UKM dan 2 mahasiswa UIAM dihadapkan ke Lembaga Disiplin atas beberapa pertuduhan. Secara ringkasnya, pertuduhan yang dijalankan oleh pihak universiti terhadap mahasiswa UKM dan UIAM adalah atas tindakan berani dalam menjunjung kebebasan akademik yang menjadi nadi sebuah institusi keilmuan dan demi membela kebajikan mahasiswa.
Walaupun program yang dianjurkan oleh mereka tidak mendapat kelulusan dan diistilahkan “haram” sepertimana yang berlaku di UIAM apabila wacana ilmiah yang membicarakan isu GST diharamkan pada saat akhir, dan adakah menjadi kesalahan besar apabila mahasiswa bangkit secara kolektif menuntut agar masalah air di UKM selesaikan segera demi kebajikan mahasiswa?

Namun secara keseluruhannya, mahasiswa dan mahasiswi berkumpul untuk melihat kebebasan akademik kembali mekar di universiti-universiti tempatan. Kami tidak mahu menjadi sekadar “penghafal teori dan zombi akademik” keluaran universiti.

Sekarang, 13 mahasiswa UKM dan 2 mahasiswa UIAM menjadi mangsa baru kerakusan kuasa pihak universiti. Presiden PMUKM dan Presiden SRC UIAM, saudara Sallehudin dan Hanif Mahpa antara figura yang bakal dikenakan tindakan atas kesalahan menganjurkan program yang “haram” kononnya.
Namun secara praktikalnya, pentadbiran universiti berhak mengambil tindakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau peraturan-peraturan universiti. Tetapi, soalnya, perlukah tindakan disiplin diambil? Adakah wajar tindakan ini dibuat atas pihak yang cuba untuk mendaulat budaya keilmuan sepertimana falsafah tertubuhnya universiti?
Apabila membahaskan tentang ilmu, the ultimate aim pastilah mendapatkan kebenaran. Ini adalah tugas hakiki yang diperakui para sarjana islam dan barat sejak zaman berzaman. Ia bagaimanapun tidak terbatas menjadi tanggungjawab universiti semata-mata, mahasiswa juga ada peranannya.
Sekiranya asas sebuah universiti tidak hayati dengan baik maka universiti sebenarnya melatih robot yang tidak mempedulikan kebenaran tetapi hanya menerima apa yang diprogramkan dan bertindak balas sebagaimana dimahukan pihak yang berkuasa ke atasnya.
John Henry Newman, dalam siri syarahannya yang kemudian dibukukan dengan tajuk The Idea of A University (1851), menjelaskan pendidikan mesti membolehkan kebenaran mudah difahami (yang dijelaskan sebagai belajar mengenai kewujudan Tuhan, bukan agama) dan sekiranya sesuatu yang praktikal perlu dimasukkan sebagai subjek universiti, ia mestilah melatih pelajar menjadi anggota masyarakat yang baik.
Menurutnya, dengan pendidikan seseorang secara sedar dan jelas dapat memahami pandangan dan membuat penilaian sendiri, kebenaran dalam membangunkannya, kemahiran meluahkannya dan daya untuk melaksanakannya. Ia mengajar mereka melihat sesuatu sebagaimana sepatutnya, pergi kepada apa yang betul, merungkaikan simpulan pemikiran bagi mengesan apa yang rumit dan juga membuang apa yang tidak berkenaan.
Profesor Awang Had Salleh misalnya, dalam satu syarahan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar dua dekad lalu, menjelaskan tugas utama universiti ialah menemukan kebenaran dan memperbaharuinya. Sudah tentu, untuk menemukan dan memperbaharui kebenaran ini, sebuah persekitaran terbuka dan bebas sangat diperlukan. Ia perlu berlangsung bukan saja dalam konteks penyampaian ilmu, kajian atau pembacaan, tetapi juga perdebatan idea dan pemikiran.
Bagaimanapun, ini tidak dapat berlaku dengan baik sekiranya ada kawalan yang objektifnya berbeza, mengutamakan kepentingan politik kepartian atau tokoh tertentu. Kawalan yang dikenakan sampai menentukan apa yang boleh atau tidak boleh diajar seseorang pensyarah, apa yang boleh dibaca atau dimiliki mahasiswa dan dengan siapakah mereka boleh berurusan.
Memang selalunya, kebebasan akademik akan terpalit dengan persoalan politik. Dalam maksud lain, pensyarah dan mahasiswa sebenarnya mempunyai banyak kebebasan lain, tetapi tidak jika bersuara mengenai sesuatu berkaitan politik (baca: kekuasaan). Tidak keterlaluan untuk menyimpulkan semua kekangan yang dikenakan di kampus sepertimana keatas rakan-rakan UM8, UKM13 dan UIA2 juga bermotif politik.jelas bermotif politik.
Bahkan, berdasarkan pengalaman peribadi menjawat Presiden PMUM ini sangat ketara. Hipokrasi pimpinan politik dan ahli akademik berkaitan ini sangat mudah boleh ditunjukkan. Cakap-cakap mahasiswa perlu mengutamakan pelajaran hanyalah sembang kosong. Apakah mereka fikir menggantung pengajian mahasiswa boleh menjadikan pelajar cemerlang? Adakah Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor HEP berasa sungguh hebat dan berkuasa? Mereka bekerja untuk mahasiswa atau kerajaan?
Oleh itu rejuvenasi dari aspek autonomi dan peranan universiti perlu dilakukan dalam segenap aspek agar nilai sebuah universiti tidak dirobek dek kerana perbezaan ideologi dan penguasaan pihak tertentu dalam sistem pendidikan. Bahkan mahasiswa perlu terus konsisten menyatakan pendirian secara bahawa kita dituntut untuk mencari kebenaran dan peranan kita di universiti adalah untuk meneroka dan menggali kebenaran itu dalam apa cara sekalipun.
Mohamad Ammar Bin Atan
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)
Pengarah Gabungan Merdeka Rakyat (GMR)

Tel : 017-6742972

Comments

Popular posts from this blog

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH

Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat. Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga. Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan R...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...