Skip to main content

BOIKOT PRODUK PRO ISRAEL! SME PERLU PANDAI GUNA PELUANG.

Diterbitkan pada 2014

Dalam senario rakyat yang sedar dan punyai semangat iltizam dalam bersolidariti akan tragis yang menimpa saudara kita di Gaza. Ramai dikalangan rakyat kita mula memboikot produk-produk keluaran yang pro-Israel yang menyumbangkan dana terhadap keganasan di Gaza dan beberapa syarikat proksi Israel.
Tsunami kemanusiaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia hatta diseluruh dunia yang turut sama bersolidariti mengecam tindakan ganas Israel terhadap pembunuhan kanak-kanak, kaum wanita, ibu-ibu, dan rakyat awam yang tidak berdosa.
Maka dengan senario yang berlaku ini, sepatutnya peniaga kecil dan sederhana atau dikenali sebagai small medium enterprise (SME) perlu menggunakan peluang yang ada dengan semaksima yang mungkin semasa rakyat mula memboikot produk-produk yang digazetkan sebagai keluaran pro-Israel.
Ini bertujuan supaya rakyat punyai alternatif dalam menggunakan suatu produk dan juga supaya usaha memboikot ini berterusan hingga keganasan yang berlaku di Gaza dapat dihentikan . Disamping itu juga SME punyai peluang yang cukup cerah dalam menguasai pasaran tempatan dan luar negara.
Prestasi SME amat membanggakan walaupun tidak terlalu cemerlang seperti syarikat multinasional di Malaysia, peratusan penguasaan SME dalam ekonomi Malaysia masih sederhana. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam mensasarkan 30% pegangan kekayaan negara oleh Bumiputera belum berjaya dicapai sepenuhnya seperti yang disasarkan dan ini perlu menjadi keutamaan kerajaan dan pihak berkaitan dalam terus memacu sasaran.
Kerajaan dan badan-badan swasta yang lain juga perlu memainkan peranan dalam melonjakkan industry tempatan khususnya SME supaya mampu mampu menjadi alternatif  kepada rakyat dalam usaha memboikot keluaran  pro-Israel dengan beberapa suntikan baru yang sesuai.
Ramai mengetahui kerajaan telah menjalan inisiatif yang membantu SME seperti penubuhnan SME Bank, Dana Usahawan Muda (YEF), Tabung Usahawan Siswazah (TUS), Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Dana Pembangunan Halal Bumiputera.  Dana-dana ini akan terus disalurkan kepada usahawan-usahawan yang layak dan memerlukan.
Maka gunakanlah masa yang sangat emas ini untuk membuat transformasi dalam memacu ekonomi Malaysia dan menguasai pasaran serta mampu menjadi pengganti kepada produk-produk luar yang digazetkan sebagai pro-Israel.

MOHAMAD AMMAR ATAN
PELAJAR FAKULTI EKONOMI DAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI MALAYA


Comments