Skip to main content

AKTA HASUTAN 1948 : MANSUH VS PINDA

Diterbitkan Jan 2015

Perdana Menteri telah mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional yang dilihat sudah lapuk dan mengekang kebebesan bersuara yang mana merupakan elemen penting dalam perlembagaan negara Malaysia.

Ramai  yang merasakan bahawa akta ini perlu dimansuhkan apabila melihat satu scenario yang “double standard” yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Hal ini dapat dilihat dengan isu yang melibatkan

* Utusan Malaysia mempersoalkan, "Apa lagi Cina mahu" selepas keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas. BN mendakwa kaum Cina dan pengundi bandar menyokong pembangkang selepas kerusi Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meningkat dari 82 ke 89.

* Sebuah laman web melaporkan awal tahun ini Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru supaya Al-Kitab dibakar.

* klip video Datuk Zulkifli Nordin (yang mempersoalkan mengapa Tuhan Hindu tidak menghentikan banjir) yang dilaporkan The Malaysian Insider pada Mac tahun lepas.

Akta hasutan 1948 yang telah digubal semenjak dibawah  empayar British ini kalau sekiranya melihat pada konteks pada hari ini tidak lagi relevan, hatta british sendiri pun telah menghapuskan akta seperti ini. Bagi Akta Keharmonian Nasional yang akan digubal, Najib telah menyatakan bahawa rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih mendasar atau spesifik bagi membolehkan kerajaan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menyentuh isu sensetiviti rakyat Malaysia untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Najib juga menyatakan peruntukan baharu ini tidak akan menyekat rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran demi keadilan. Namun pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang baharu ini perlu menyediakan ruang demokratik yang mencukupi untuk menggarap perbezaan pendapat serta persaingan idea agar rang undang-undang yang akan digubal adalah rang undang-undang yang menepati kehendak negara dan rakyat.

Janji PM Najib seakan-akan menjadi capati bukan lagi ditepati, sepertimana slogan yang kerap kali berkumandang di ruang media milik kerajaan. Namun, setelah 2 tahun berlalu, janji PM belum terlaksana sehingga sekarang hatta tarikh untuk dibawa ke Parlimen pun belum boleh dipastikan. Apa yang ada ialah kenyataan Menteri Dalam Negeri  dan PERKASA yang menyatakan Akta tersebut tidak perlu dimansuhkan  dan mengugut untuk tidak memangkah BN pada PRU akan datang sekiranya Akta ini dihapuskan.

Persoalannya, apakah fundamental isu yang hangat diperdebatkan dalam Akta Hasutan ini sehingga ada desakan supaya ia dihapuskan? Yang menjadi asas kepada pertikaian yang berlaku adalah peruntukan Seksyen 4(1) Akta ini, iaitu mana-mana orang yang:
(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut...
(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut
(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau
(d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut...boleh didakwa di bawah Akta ini.

Pada analisis yang dilakukan oleh beberapa pakar perundangan seperti Prof Aziz Bari peruntukan Seksyen 4(1) Akta ini adalah terlalu umum sehingga terdedah kepada salah tafsiran oleh pihak kerajaan untuk menangkap bukan sahaja mereka yang menghasut sehingga boleh mengancam ketenteraman negara, tetapi juga menangkap ahli politik dan NGO yang boleh menganggu kuasa kerajaan. Akta ini juga menyekat kebebasan rakyat dan masalah utama dengan Akta ini ialah kerana adanya pendakwaan terpilih.

Pendakwaan terpilih yang menjadi racun kepada negara telah menyedarkan masyarakat akan kebobrokan akta hasutan 1948 yang mana  telah menyekat kebebasan bersuara dan juga dalam hal kebebasan akademik. Prof Madya  Dr. Azmi Shahrom pada baru-baru ini telah didakwa dibawah Akta Hasutan 1948, apabila telah memberi sudut pandang dari dunia akademik yang pada hakikatnya tidak mencetuskan huru-hara atau kacau-bilau pada masyarakat.

Namun begitu, saya yakin keperluan negara kepada  akta pencegahan seperti ini masih ditahap yang memerlukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dalam negara, berdasarkan sruktur negara kita adalah negara yang rencam masyarakatnya dan sensitif politiknya.

Desakan oleh pelbagai pihak mutakhir ini disebabkan oleh banyak kes apabila melibatkan kata-kata dan ucapan sensitif dari pihak yang menyokong kerajaan, maka tindakan tidak diambil atau lambat diambil, tetapi apabila kenyataan yang sama datang dari pihak pembangkang, maka tindakan terlalu cepat diambil. Sikap double standard inilah yang menyebabkan pembangkang, NGO dan masyarakat sivil yang memahami erti keadilan marah dan kecewa.

Oleh sebab itulah, jika kerajaan bertegas untuk kekal dengan Akta ini maka perlu beberapa pindaan kepada Akta ini supaya jenis kesalahannya diberikan takrifan yang lebih spesifik dan adil. Dan apabila pindaan hendak dibuat, kerajaan perlulah melibatkan wakil parti pembangkang dan NGO untuk turut sama berdiskusi supaya rang undang-undang yang dipinda nanti dapt mewakili aspirasi rakyat seluruhnya.

Sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia, menyeru kepada seluruh mahasiswa dan ahli akademik disetiap institusi pengajian  untuk kita bersolidariti pada 10 september ini pada jam 1pm-2pm di “Speaker Corner Lama” Universiti Malaya bagi bersama-sama bersolidariti terhadap pendakwaan yang dikenakan kepada Prof Madya Dr. Azmi Sharom.

#Solidarity4AzmiSharom
Mohamad Ammar Atan
Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran,


Universiti Malaya

Comments

Popular posts from this blog

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH

Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat. Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga. Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan R...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...