Skip to main content

PAS PERLU REJUVENASI DALAM MELAHIRKAN PEMIMPIN MALAYSIA.


Diterbitkan 2014

PAS selaku parti politik yang bertunjangkan prinsip Islam serta punyai pengalaman yang cukup luas dalam dunia gerakan islam dan dunia politik perlu lebih mampan dan sistematik dalam melahirkan pemimpin idaman rakyat Malaysia, PAS yang memiliki jumlah ahli yang berjuta hampir menandingi jumlah ahli UMNO perlu sedar akan ketandusan figura yang mampu menggarap suara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Tuan Guru Hadi Awang selaku presiden PAS gagal mengimejkan diri beliau sebagai seorang pemimpin rakyat Malaysia yang dapat diterima oleh seluruh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) hatta diversiti rakyat Malaysia, dalam pada masa yang sama beliau juga seorang tokoh politik Islam yang perlu disanjungi.

Oleh itu PAS perlu punyai mekanisme yang lebih mendasar serta jangka panjang untuk melahirkan pemimpin idaman Malaysia yang menepati maqasid Islam juga. PAS dilihat hanya mampu melahirkan individu yang berdegar dalam mendepani isu-isu keagamaan berbanding isu-isu rakyat seperti hal-hal berkaitan sosio-ekonomi, politik, social, falsafah dan sebagainya. Tidak menjadi motif saya untuk  menembak membabi-buta PAS dalam hal ini, tetapi lebih motif saya untuk menyedarkan dan menggesa agar pimpinan tertinggi PAS sedar akan scenario yang sedang menghantui PAS pada era ini.

Saya percaya PAS sedar akan situasi yang berlaku ini, namun malang sekali tiada usaha konstuktif dan radikal yang dilihat mampu menggarap dan menaikkan imej PAS dalam melahirkan pemimpin Malaysia. Saya tidak menafikan prestasi PAS yang cukup membanggakan dalam mendepani scenario politik pada sejak pada awal penubuhannya pada 1951 hingga kini dibawah Tuan Guru Hadi Awang. Tetapi reality yang perlu kita terima dalam sebuah organisasi pati akan ada naik dan turunnya dan ini dapat diilustrasikan dengan terbentuknya keluk ‘S’ sepertimana yang telah diterangkan oleh YB Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam bukunya.

PAS perlu lebih terbuka dalam mengambil idea-idea segar anak muda yang mengharapkan tindakan tajdid PAS dalam membuat suatu perubahan yang besar demi kemaslahatan dan demi PAS pada masa hadapan. Maka saya mencadangkan perlu adanya muktamar perdana pemimpin anak muda seluruh Malaysia bagi memberi sudut pandang dan idea-idea baru demi kedinamikan PAS akan datang.
Saya juga menyeru agar PAS menggerakkan unit R&D dibawah kelolaan Dr. Dzulkefly Ahmad dalam menyediakan suatu plan jangka panjang yang lebih membumi serta mampu menyerap pemimpin-pemimpin yang mampu digilap samada belia, atau sebagainya bagi bersama-sama PAS dalam memperjuangkan nasib rakyat seluruh Malaysia.


Selaku parti yang mempunyai prinsip yang teguh, seharusnya punyai mekanisma yang lebih terbuka dalam menggarap isu komuniti hatta nasional. Serta seharusnya berani dalam mengorak langkah yang baru, supaya PAS dilihat sebagai parti yang dominan didalam Malaysia dan PAS mampu dikenal sebagai parti yang kuat bukan atas sebab kehadiran parti komponennya.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

Is Malaysian Housing Affordable? - Ammar Atan

Is Malaysian Housing Affordable? House is one of the indispensable needs In life, as a human, we need a proper shelter that will be able to secure us from any danger and threat. House is also pertinent to help our society grow in the modest and civilised way. We do not want our society to live without a proper roof over the head or with life-long debt from an action of buying a house. Thus is Malaysian housing affordable? Realistically, our housing market is out of affordability for the vast majority of Malaysians. According to Khazanah Research Institute (KRI), the housing market in Malaysia has shown that most Malaysians cannot afford to own or buy a house, KRI has also indicated that housing market in Malaysia is out of affordability at 4.4 times higher than the median household income of Malaysians. Terengganu, Penang, Kuala Lumpur and Sabah are the states that are in the critical condition of affordability. Table 1: Comparison of housing affordability based on ...