Skip to main content

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH



Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat.

Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga.

Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib, skandal 1MDB, isu NFC, isu kapal selam yang tidak boleh menyelam, isu rasuah PKFZ, penafian royalty minyak kepada rakyat Melayu Kelantan, Penyelewengan wang Tabung Haji, kenaikan kos hidup rakyat, GST, perdanganggan maut TPPA, dan bermacam lagi.

Najib dan propaganda Umno menganggap orang Melayu seperti memiliki darjah kecerdasan (IQ) yang sangat rendah, tidak mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan untuk membezakan fakta daripada fiksyen, kebenaran dengan penipuan, dan boleh dengan mudah tertipu untuk mempercayai desas-desus itu, dan pada masa yang sama UMNO cuba meletakkan perlawanan pada PRU 14 akan datang adalah perlawanan diantara blok Melayu UMNO dan Cina DAP sebagai salah satu alat yang dicanang untuk terus kekal kuasa dan menzalimi rakyat.

Melayu yang bijaksana dan bermaruah ialah Melayu yang meletakkan Islam sebagai asas utama, dan Maqasid yang perlu ada ialah dari segi keadilan mengurus ekonomi rakyat, memastikan kebajikan sosio ekonomi rakyat terus terbela, urus tadbir yang telus dan transparensi, akhlak dan ethic masyarakat yang bertamadun, memelihara kewarasan akal rakyat dan membangun budaya ilmu, dan sebagainya.

Akhir kalam saya titipkan ingatan kata-kata tokoh Sasterawan Negara Usman Awang khusus untuk Melayu yang bijaksana dan bermaruah.

WANGIAN YANG HILANG DI TIMUR JAUH (Usman Awang)
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

MOHAMAD AMMAR ATAN
ANAK MUDA MELAYU

Comments

Popular posts from this blog

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...