
Perlantikan
Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pada tahun 2014, telah
menatijahkan peningkatan kadar kemiskinan secara mendadak daripada 0.2% kepada
paras 30%, dan ia merupakan kadar yang tertinggi di Malaysia.
Ini kerana
kadar Purata Garis Kemiskinan Kerajaan Persekutuan tidak lagi realistic dalam
mengambarkan realiti keadaan sosio ekonomi rakyat Selangor. Oleh itu, kerajaan
negeri telah menetapkan paras yang realistik dan bertanggungjawab pada RM1,500
sebagai garis kemiskinan di negeri Selangor.
Untuk
menjadi lebih inklusif, tahap kemiskinan perlu diukur menggunakan kaedah
pendapatan isi rumah, berbanding kadar minimum tetap, sejajar dengan laporan
yang dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
Pengukuran
perlu dilakukan berdasarkan kemiskinan relative, di mana kadar pendapatan
separuh daripada median pendapatan kebangsaan dan termasuklah pendapatan isi
rumah yang lain, realitinya jumlah rakyat Malaysia dalam kategori ini meningkat
sejak 2007, dengan satu daripada lima isi rumah dianggap miskin.
Dalam pada masa yang sama, kadar RM1,500 sebagai garis
kemiskinan di negeri Selangor yang baharu tidak seharusnya sekadar tindakan
populis sahaja, ia perlu disusuli dengan plan tindakan bagi meningkatkan taraf
pendapatan kebanyakan isi rumah di Selangor. Berdasarkan statistik Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah Selangor
pada 2014 yang dikeluarkan oleh EPU, Selangor menduduki kedudukan yang 3
tertinggi dalam tangga gaji pada paras RM 6,214, dan sekiranya mengikut
pembahagian etnik, Melayu berada pada kedudukan terendah pada paras RM4,214.
Statistik Jumlah penjawat awam Kerajaan persekutuan mengikut etnik
dimonopoli oleh kaum Melayu pada kadar 77.4 %, Cina 6.2% India 4.1%. Statistik
yang lain juga menunjukkan bahawa kebergantungan utama sumber pendapatan kaum
Melayu adalah pada gaji bulanan yang diperolehi dan selebihnya melalui
aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain. Situasi kebergantungan ini agak berbeza
bagi kaum Cina dan India yang mempunyai kebergantungan kepada gaji bulanan yang
lebih rendah, kerana aktiviti ekonomi tambahan dalam pendapatan bulanan atau
tahunan.
Satu sudut yang perlu diperhatikan oleh Kerajaan Negeri Selangor ialah
keperluan untuk meningkatkan kadar gaji kakitangan Kerajaan Negeri Selangor
diatas garis kemiskinan terbaharu pada paras RM1,500 dan juga dalam isu
kenaikan elaun guru kafa yang masih dalam paras kemiskinan dan ia juga
merupakan manifesto pada PRU yang lepas. Dalam aspek pembangunan juga perlu
dititik beratkan supaya dasar baharu yang bakal dibentangkan pada belanjawan
2016 tidak bersifat sementara “one-off” tetapi suatu dasar jangka panjang.
Pendekatan
rejuvenasi dalam garis kemiskinan seharusnya diikuti oleh kerajaan persekutuan
dan negeri-negeri yang lain, serta melihat kepada usaha pembangunan dalam
menaiktaraf sosio ekonomi, supaya polisi dan sebarang tindakan kerajaan akan
berdasarkan reality ekonomi rakyat dan tidak membebankan.
Ammar Atan
Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Universiti Malaya
Comments
Post a Comment