Skip to main content

NILAI SEBENAR KERAJAAN MAHASISWA

Diterbitkan pada Feb 2015

Kerajaan mahasiswa adalah suatu bentuk kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan (a force to be reckoned with). Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri. Walaupun apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap kerajaan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurangkurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana. Sebagai sejarah dan penunjuk arah. Bagi gerakan dan pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.

Kalau kita merujuk buku-buku atau kertas kerja tentang sejarah gerakan mahasiswa seperti Mahasiswa Mengugat, Study, Power and the University, Mahasiswa Selepas Akta dan Kalau Saya Mahasiswa. Kebanyakan mencatatkan peranan mahasiswa sebagai kuasa besar atau third force yang menjadi penimbang tara kepada kerajaan, pembangkang dan juga sebagai pembela rakyat. Peranan mahasiswa dalam dunia politik bukan sahaja hanya dalam ruang lingkup kampus, tetapi mencakupi kehendak rakyat dan seluruhnya. Suka untuk saya mendefinisikan apa itu “kerajaan mahasiswa” saya melihat kerajaan mahasiswa merupakan identiti yang cukup padu, yang mana seharusnya kerajaan mahasiswa tidak terkongkong kepada mana-mana pegangan parti politik, individu dan sebagainya, ini kerana gerakan atau kerajaan mahasiswa perlu bergerak atas idealisme mahasiswa serta punyai prinsip perjuangn yang jelas dan utuh.

Kerajaan mahasiswa bukanlah suatu perkara yang retorik, kerana sejarah telah membuktikan kehebatan dan kebangkitan mahasiswa dalam pelbagai lapangan. Kerajaan mahasiswa juga merupakan badan atau gerakan yang punyai kuasa membuat keputusan bersama, secara bebas tanpa birokrasi pihak lain tidak sepertimana konteks kita pada hari ini badan-badan mahasiswa kebanyakannya dikawal oleh HEP yang mana diwujudkan untuk mengawal gerakan mahasiswa pasca AUKU.

UMSU atau nama lainnya PMUM merupakan badan yang ditubuhkan pada 1958 di Kuala Lumpur. Pengerusinya ialah Gurnam Singh, manakala Setiausaha Umumnya ialah V. Selvaratnam. Jumlah mahasiswa UM di Kuala Lumpur pada masa itu ialah lebih kurang 300 orang. University of Malaya Student’s Union (UMSU) merupakan kesatuan pelajar di Universiti Malaya yang ditubuhkan oleh mahasiswa sendiri yang mana ahli tertinggi UMSU dipilih melalui proses pilihanraya secara demokrasi. Menariknya pilihanraya kampus bagi memilih ahli tertinggi UMSU dilakukan sendiri oleh mahasiswa. Pada era 60 UMSU merupakan satu-satunya badan kesatuan mahasiswa yang punyai ketumbukan gerakan sehingga telah menggegarkan arena politik Malaysia.

Perlu kita ingat UMSU pada era 60an punyai autonomi dalam membuat keputusan, menguruskan dana dan kewangan mereka, menjalankan aktiviti politik dan aktivisme masyarakat, dan sudah pasti pada ketika itu tiada HEP atau apa-apa badan lain yang mengawal mahasiswa. Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa adanya badan yang diberi nama HEP (Hal Ehwal Pelajar) atau Student’s Affairs Division atau apa-apa pun nama, mahasiswa mampu dan berjaya untuk mentadbir hal ehwal mahasiswa melalui apa yang dipanggil “Kerajaan Mahasiswa”.

Tiada lagi alasan yang mampu diberikan oleh pihak kerajaan, sudah pasti alasan lain tidak bukan ialah untuk mengawal aktivisme mahasiswa dikampus dan mengongkong gerakan mahasiswa supaya mandul dan yang lebih penting tidak menentang kerajaan. Berani untuk saya katakan bahawa tertubuhnya AUKU ini disebabkan gelombang kebangkitan mahasiswa pada era 60an Yang mana telah menganggu gugat kerajaan khususnya apabila PMUM memainkan peranan dalam Pilihan Raya Umum pada Mei 1969 dengan mengadakan 13 perhimpunan umum dalam bulan April dan Mei, sehingga menyebabkan kerajaan hampir kehilangan 2/3 majoriti dalam parlimen.

Rakan-rakan pembaca sekalian! situasi ini bukan sahaja dapat dilihat hanya di Malaysia, namun kita dapat lihat suatu scenario yang jauh lebih hebat dan mengegarkan. Gerakan mahasiswa China 1989 telah mencatatkan salah satu sejarah kebangkitan terbesar mahasiswa seluruh dunia. Ribuan mahasiswa dan golongan pekerja telah keluar ke jalan raya menuju ke Dataran Tiananmen sebagai langkah menuntut keterbukaan, hak asasi dan demokrasi China. Protes ini dilihat menjadi tragedi bila kerajaan komunis China bertindak ganas dengan mengarahkan tentera menembak ke arah demonstran dan ribuan telah terbunuh pada 4 Jun 1989.

Menarik untuk kita lihat adalah apabila majalah The Times, April 1998 telah meletakkan salah seorang  ‘100 most influencial person’ adalah seorang mahasiswa yang terlibat dalam protes ini yang hanya dikenali sebagai ‘unknown rebel’. Mahasiswa ini terus menjadi perhatian dunia kerana tindakan beliau yang menahan dan menghalang seangkatan kereta kebal tentera yang cuba untuk memasuki Dataran Tiananmen selepas tragedi berdarah 4 Jun 1989 yang membunuh hampir 2,500 orang golongan pekerja dan mahasiswa akibat ditembak tentera.

Begitu juga berlaku di Tunisia. Pada hemat saya, kebangkitan Arab termasuk Libya, Mesir, Syria, Yaman, Baharin dan lain-lain bermula di Tunisia. Kuncinya adalah kepada peristiwa yang menimpa seorang graduan yang baru selesai kuliah, Muhammad Bouazizi. Anak muda berusia 26 tahun ini baru selesai zaman mahasiswa cuba untuk mendapatkan pekerjaan namun tidak berjaya lalu cuba untuk berniaga sendiri dengan menjual sayur kecil-kecilan. Akibat tidak diberikan lesen, kereta jaja sayurnya disita oleh pihak berkuasa tempatan. Beliau cuba membuat laporan polis, tetapi ditampar dan dipukul. Bouazizi juga cuba untuk membuat aduan ke pihak atasan tetapi tidak diendahkan.

Boazizi umpama jatuh ditimpa tangga dan tidak tahan dengan kebobrokan sistem yang ada di bawah 25 tahun pemerintahan Ben Ali dan isteri, Laila Ben Ali. Beliau mengambil tindakan protes dengan membakar diri dan tidak lama selepas itu mati. Natijah daripada tindakan ini beliau telah menjadi pencetus kebangkitan bukan sahaja kepada rakyat Tunisia malah seluruh Tanah Arab. Tindakan Bouazizi telah diangkat dan dibela oleh Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Qardahawi melalui tulisan Ulama Syria, Ahmad Muaz al-Khatib al-Hasani. Bouazizi adalah pejuang rakyat dan tidak dianggap membunuh diri. Beliau umpama lilin yang membakar diri, mempercepatkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kerakusan kuasa Ben Ali.

Rakan-rakan pembaca sekalian! agenda Kerajaan Mahasiswa ini merupakan hanya sebuah kerangka dalam bentuk penterjemahan sesebuah kesatuan semangat anak muda (collective spirits) dalam bentuk sesebuah organisasi, benar! Ia melambangkan satu organisasi yang lengkap dan bebas, tetapi apa yang perlu ditegaskan kepada kalian ialah prinsip atau crri-cir sebuah kerajaan mahasiswa yang seharusnya punyai semangat, idealisma, kebebasan, kelantangan, kesatuan, keberanian, ikhlas, tidak mengerti erti penat, sanggup mengorbankan jiwa raga demi membela dan membangunkan rakyat dan negara. Oleh itu kalau kita lihat kebanyakan contoh-contoh gerakan mahasiswa mereka punyai ciri-ciri yang telah disebutkan, kalau tidak semua separuh, dan kalau tidak separuh seberapa.

MOHAMAD AMMAR ATAN
PRESIDEN

PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA 2014/2015

Comments

Popular posts from this blog

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH

Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat. Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga. Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan R...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...