Skip to main content

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA



ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam
Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan:

a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara
hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan
dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada
dengan jayanya atau tidak; dan

b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam
negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari
selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak.
Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa
Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian
dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah
memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan
atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan lain sebagaimana yang diarah atau
dipersetujui oleh Kerajaan.

Kaedah lapor diri hendaklah dilakukan secara online dengan mengakses laman web
berikut:
  • Taip https://myself.jpa.gov.my/
  • Klik pada Daftar eSILA-ID (sekiranya masih belum mempunyai kata laluan)
  • Log-in, Klik pada tab Pengajian
  • Klik pada menu Lapor Diri Tamat Pengajian
  • Isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan
Saudara/saudari perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Salinan Diploma/Ijazah/Masters/PhD (boleh dikemukakan selepas majlis konvokesyen) atau Surat Pengesahan Senat (Akuan Bergraduat);
  2. Salinan Transkrip Peperiksaan (boleh dikemukakan selepas majlis konvokesyen); DAN
  3. Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik (www.spa.gov.my)(Pemegang biasiswa JPA (selain bidang perubatan, pergigian dan farmasi) dikehendaki memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan mengikut kelulusan akademik yang terkini)

Sekiranya saudara/saudari belum memperolehi dokumen-dokumen yang diperlukan,
saudara/saudari perlu mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i) menerusi laman web http://www.spa.gov.my dan
memuat naik dokumen yang diperoleh dari laman web SPA sebelum melaksanakan
proses lappor diri di Portal MySELF. Dokumen-dokumen lain boleh dimuat naik
setelah diperoleh kelak.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini tidak lagi melakukan lapor diri secara
manual (edaran pos / email) setelah Portal MySELF dibangunkan pada Disember
2014. Jika terdapat sebarang masalah teknikal berhubung portal MySELF tersebut,
sila hantarkan email kerjaya.bl@jpa.gov.my dengan menyertakan print screen
berkaitan.

Pemegang biasiswa JPA (selain bidang pengajian perubatan, pergigian dan farmasi)
adalah dikehendaki untuk menyertai Program Scholarship Talent Attraction and
Retention (STAR). Program ini adalah satu program yang membenarkan graduan
tajaan JPA bekerja dengan syarikat swasta yang terpilih bagi memacu usaha Program
Transformasi Kerajaan (GTP) selain memenuhi syarat berkhidmat.

Bagi tujuan pendaftaran ke dalam Program STAR, saudara/saudari boleh melayari
laman web www.star.talentcorp.com.my atau berhubung dengan pegawai-pegawai
Talentcorp seperti berikut:

a) Pn. Halimatusaadiah Saufi
Talent Corporation Malaysia Berhad
Tel : 03 8892 3840 Faks : 03 8892 3862

b) En. Megat Fazrul Azlin Megat Abd Aziz
Talent Corporation Malaysia Berhad
Tel : 03 8892 3824 HP : 019 360 4771 Faks : 03 8892 3802

Policy Initiatives
Email : halimatusaadiah@talentcorp.com.my
Policy Initiatives
Email : megat.aziz@talentcorp.com.my
Kegagalan saudara/saudari dalam perkara ini boleh mengakibatkan tindakan undang-undang diambil sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Biasiswa
Persekutuan.
Sekian.

Comments

  1. hii assalamualaikum tumpang tanya kalau lepas 30 hari tapi saya masih belum lapor diri tamat pengajian, adakah saya akan kena apa2 tindakan??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...

Is Malaysian Housing Affordable? - Ammar Atan

Is Malaysian Housing Affordable? House is one of the indispensable needs In life, as a human, we need a proper shelter that will be able to secure us from any danger and threat. House is also pertinent to help our society grow in the modest and civilised way. We do not want our society to live without a proper roof over the head or with life-long debt from an action of buying a house. Thus is Malaysian housing affordable? Realistically, our housing market is out of affordability for the vast majority of Malaysians. According to Khazanah Research Institute (KRI), the housing market in Malaysia has shown that most Malaysians cannot afford to own or buy a house, KRI has also indicated that housing market in Malaysia is out of affordability at 4.4 times higher than the median household income of Malaysians. Terengganu, Penang, Kuala Lumpur and Sabah are the states that are in the critical condition of affordability. Table 1: Comparison of housing affordability based on ...