Skip to main content

PANDA VS GAZA

Diterbitkan pada 15 Julai 2014

Kerajaan Malaysia dilihat seolah-olah menutup sebelah mata akan tragedi yang menimpa rakyat Gaza, Palestin. Ironinya kerajaan Malaysia sanggup membiayai RM25 Juta hanya untuk dua ekor Panda daripada membantu rakyat Gaza yang dihimpit kesengsaraan dek kekejaman Zionis Israel dan kuasa dunia yang dilihat terus sepi dalam isu kemanusiaan ini.

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perluMEMBAYAR kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar. Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Alangkah baiknya jika usaha sehebat ini digunakan untuk membantu orang-orang Palestin. Wanita, orang tua dan kanak-kanak di Gaza mungkin tidak mengalami kepupusan seperti beruang panda, tetapi nyawa mereka lebih murah dari beruang panda itu sendiri pada saat ini. Yang mati bergelimpangan, yang cacat dan akan merana seumur hidup mereka.

Apabila panda hadir di Malaysia kita telah memperuntukkan puluhan jutaan ringgit tanpa menilai sudut pandang rakyat dan menurut World WildlifeFUND (WWF) yang mencadangkan agar peruntukan sebesar itu lebih bagus disalurkan kepada usaha-usaha menyelamatkan binatang-binatang yang diancam kepupusan di Malaysia. Adakah kita mendapat peribahasa baru “Panda di China disusukan...”?. Apabila tragedy pembunuhan besar-besaran berlaku di Gaza kerajaan seolah-olah memandang sebelah mata tidak seperti keprihatinan kerajaan terhadap dua ekor panda dalam isu kemanusiaan, hak asasi manusia yang kononya kita perjuangkan.

Tuntasnya, ia bukan pada isu panda semata-mata tetapi ia berkaitan dengan keprihatinan kerajaan samada pusat atau negeri dalam melihat tragedy yang berlaku ini, bukan sahaja di Gaza hatta kesengsaraan rakyat Malaysia dalam menghadapi bebanan hidup yang semakin hari semakin meruncing dan dimana-mana sahaja, dan ini menimbulkan persoalan bagaimana kerajaan menilai yang mana lebih penting dan yang mana lebih bermanfaat selari dengan nilai kemanusiaan.

Mohamad Ammar B. Atan
Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pentradbiran, Universiti Malaya.

Comments

Popular posts from this blog

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH

Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat. Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga. Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan R...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...