Diterbitkan pada 2014
Senario kekalutan yang berlaku
memungkinkan kedudukan menteri besar Selangor akan diubah demi kepentingan
beberapa pihak dalam kelangsungan politik
akan datang serta juga melihat kepada kepentingan rakyat Selangor
khususnya.Kemelut yang berlaku berkaitan dengan kedudukan
menteri besar Selangor hendaklah diselesaikan samada dengan mengekalkan atau
meletakkan calon menteri besar yang benar-benar sesuai menepati kehendak rakyat
dan bukannya bergantung kepada parti semata-mata.
Ramai mengetahui
bahawa kedudukan menteri besar yang disandang oleh Khalid Ibrahim adalah
kedudukan yang tidak kekal dan keputusan ini berdasarkan konsensus parti
komponen Pakatan Rakyat dan kuasa Sultan Selangor akhirnya.
Kedudukan yang
disandang kini tidak seharusnya diubah kerana melihat prestasi dan respon
kebanyakan rakyat yang merasakan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu kekal pada
posisi tersebut sekiranya merujuk survey yang dijalankan oleh beberapa badan seperti survei Astroawani yang mengunjurkan lebih 60% rakyat
Selangor mahu Khalid Kekal. Walau bagaimanapun data yang dibekalkan ini mampu
berubah dengan pelbagai politik kejutan yang bakal menyusul.
Dan sekiranya
keputusan untuk mengubah kedudukan Khalid Ibrahim masih kekal, maka PR perlu
meletakkan calon menteri besar yang benar-benar sesuai yang menepati kehendak
rakyat dan perlu ada roadtalk untuk memberi penerangan khusus berkaitan kemelut
yang berlaku.
Semangat nepotisme
terpancar apabila keputusan meletakkan isteri kepada Anwar Ibrahim dan juga
selaku presiden PKR dan juga selaku individu yang menggantikan Anwar semasa
langkah Kajang dilakukan telah memberi sisi negatif kepada PR, adakah PR
kekurangan figura politik yang boleh diletakkan dalam posisi seorang MB selain
dari pada Wan Azizah?
Maka lebih baik kekal daripada diubah,
keputusan oleh PR yang didominasi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam
meletakkan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon MB akan datang adalah tindakan
yang kurang tepat, ini kerana beliau merupakan individu yang tidak punyai
pengalaman yang baik atau rekod yang boleh menyakinkan rakyat hatta pimpinan
parti komponen PR.
Calon bagi
menggantikan Khalid Ibrahim hendaklah diambil berdasarkan pengalaman dan
kredibiliti dalam mentadbir urus negeri Selangor, dan sebaiknya calon tersebut
diambil daripada barisan exco kerajaan negeri Selangor yang mana punyai
pengalaman dalam kerumitan pentadbiran atau punyai hubungan yang baik bersama
rakyat dan latarbelakang yang baik.
Sebagai seorang
mahasiswa Universiti Malaya yang berasal dari Klang Selangor berhasrat unutk
menegaskan bahawa individu yang menggantikan Khalid Ibrahim perlulah memihak kepada rakyat
dan bukan sahaja berdasarkan parti yang diwakili. Perlu PR dan kita semua sedar
bahawa kedudukan kerusi MB bukanlah konkrit daripada Parti Keadilan Rakyat
(PKR) tetapi juga daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) asalkan individu
tersebut punyai kredibiliti, mesra rakyat dan pengalaman yang menyakinkan.
Apapun keputusan
PR, pelantikan Menteri Besar Selangor yang bakal dilakukan adalah bergantung
kepada baginda, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berpandukan Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dan mengambil kira dua artikel penting.
Dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel
51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Negeri Selangor 1959.
Jesteru, kemelut yang berlaku ini perlu dicapai dengan
konsensus dari kedua-dua pihak dalam memastikan kelangsungan PR di Selangor dan
kesepakatan PR dalam mentadbir Selangor bak kata pepatah “kalau hendak membunuh ular, ular biar mati,
buluh jangan patah” dan PAS juga seharusnya berani membawa calon MB yang
berkredibiliti untuk diketengahkan kerana kedudukan kerusi MB tidak konkrit
hanya kepada PKR tetapi juga kepada parti komponen PR yang lain.
MOHAMAD AMMAR ATAN
UNIVERSITI MALAYA.
Comments
Post a Comment