Baru-baru ini kita digemparkan dengan serangan besar-besaran Zionis Israel dan kecomelan Panda yang telah menyebabkan kerajaan Malaysia sanggup berhabis puluhan jutaan ringgit demi Panda yang ‘tercinta’. Dan ramai dikalangan kita sibuk melaungkan boikot produk yahudi tanpa mellihat pro dan kontra, tanpa kajian yang terperinci mengenai Yahudi dan Israel, dan mana syarikat yang menyokong zionis Israel dan tidak.
Semua pengetahuan ini sangat penting bagi mengelakkan kita memboikot membabi buta semua produk Yahudi, kerana kebergantungan Malaysia terhadap produk-produk Yahudi sangat besar peratusannya. Manakan tidak, ratusan syarikat-syarikat Yahudi telah mempunyai pasaran yang kukuh di Malaysia dan strukturEKONOMI Malaysia yang banyak bergantung kepada negara luar seperti Amerika Syarikat.
Pasaran eksport negara kita bergantung kepada negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sekian lama ini. Lebih-lebih lagi, banyak produk komersial yang dieksport Malaysia adalah pembuat peralatan asal (Original Equipment Manufacturer, OEM), bahan perantaraan yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir. Oleh itu, ketika kemelesetanEKONOMI Amerika-Eropah pada tahun 2008/09, jumlah eksport Malaysia telah jatuh 16.6% dan pada masa yang sama, import negara kita pada tahun yang sama juga menurun 16.6%.
Satu kajian Asia Development Bank (ADB) yang dikemukakan pada awal tahun 2010, berjudul The Ties that bind Asia, Europe and United States melaporkan bahawa, walaupunPERDAGANGAN antara negara rantau Asia (melainkan Jepun) berkembang pesat, namun kebanyakannya ditunjangi intermediate good, yang mana tujuan utamanya adalah untuk kegunaan dieksport semula dan ini merupakan situasiEKONOMI Malaysia pada saat ini.
Bayangkan sekiranya kita menutup pintuPERDAGANGAN dengan semua syarikat Yahudi yang wujud di Malaysia, pastinya ramai rakyat Malaysia yang menganggur, kemiskinan meningkat, inflasi tinggi, nilai eksport kita rendah, krisis ekonomi, pelaburan dari luar merudum, dan yang paling teruk ramai orang-orang Melayu dan Muslim yang akan paling merasa tempiasnya.
Google, Facebook, Yahoo, Intel, IBM, dan sebagainya adalah merupakan syarikat yang dimiliki AS dan dimiliki oleh individu yang berbangsa yahudi. Oleh itu perlu kita jelas, yang mana produk yahudi dan mana produk Israel, dan juga dalam banyak-banyak produk Yahudi yang mana menyokong kekejaman Israel di Gaza.
Menurut ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ada juga syarikat Yahudi yang menentang peperangan ke atas Gaza selain menyifatkan langkah boikot ke atas semua produk Israel disifatkan sangat mustahil direalisasikan."Kita tahu tidak boleh boikot semua produk Yahudi. Ada juga barangan mereka yang tidak menyumbang terhadapDANA perang Israel,"
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menyenaraikan hanya empat produk yang diboikot iaitu Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's. Dan ia telah dikenal pasti hasil jualan produk-produk ini menyumbang kepada tabung Israel Yahudi. Dan usaha ini tidak akan memberi impak yang besar kepadaEKONOMI Malaysia dan rakyat juga tidak ‘mati’ jika tidak menggunakan empat produk ini. Banyak lagi pengganti jenama produk ini jika ia diboikot.
Langkah untuk memboikot barangan keluaran pro-Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia. Usaha memboikot bukanlah usaha yang sia-sia, sejak usaha boikot pada tahun 2002 lagi, ekonomi Israel telah menuju keruntuhan tanpa tanda-tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari US. Pada bulan Oktober 2002, Sharon memohon USD10bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut. Cukai dinaikkan, begitu juga kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan minyak. Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip.PELABURAN dari luar kian meruncing. Mengapa? Dari tahun 1999 hingga 2001, pelabur-pelabur kerugian USD5bilion daripada pelaburan mereka berjumlah USD6.5bilion. Jadi, peniaga mana yang bersedia untuk melabur? Dalam situasi terdesak seperti ini, sudah tentu usaha boikot tidak boleh dipandang remeh. Israel akan mengorek setiap sen untuk diraih - pastikan wang anda tidak sedikit pun sampai kepada mereka.
Politik yang retorik yang hanya sekadar di mulut tidak akan bermakna, kerana sibuk kita mengecam dan memboikot, kerajaan masih lagi membuka pintu dan laluan kepada syarikat-syarikat atau produk-produk yang secara jelas dimiliki oleh Israel dan secara jelas menyokong kekejaman Israel terhadap bumi Palestin. Namun, setakat boikot tidak memadai, kita perlukan usaha yang lebih memberikan impak yang lebih efektif dan kena pada sasarannya. Tidak cukup setakat parti politik bagi statement yang retorik seperti “saya (Najib) mengecam kekejaman Zionis Israel terhadap rakyat Palestin”.
Usaha yang lebih praktikal perlu dijalankan dengan merujuk kepada Bab VII Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, menyatakan dengan jelas kuasa Bangsa-Bangsa Bersatu PBB untuk mengekalkan kuasa. Ia membenarkan Majlis untuk "menilai kewujudan apa-apa ancaman terhadap keamanan, pecah keamanan atau tindakan pencerobohan" dan untuk mengambil tindakan ketenteraan dan bukan ketenteraan untuk "mengembalikan keamanan dan keselamatan antarabangsa"
Walaupun pelbagai usaha damai cuba dilakukan dengan menggubal perjanjian khas seperti Deklarasi Balfour, Perjanjian Nasional Palestina, Perjanjian Perdamaian Oslo, dan sebagainya sejak dari 1920. Namun Israel tidak mengendahkan perjanjian yang dimeterai dan melanggar satu-persatu demi meneruskan agenda merampas Palestin, ini berpunca oleh kuasa veto kelima-lima negara yang banyak mendominasi keputusan PBB khususnya dalam mengambil tindakan terhadap kekejaman yang berlaku, dan isu ini seharusnya perlu dibawa oleh Kerajaan Malaysia dibawah Najib Razak ke General Assembly UN untuk menghapuskan kuasa Veto kelima-lima negara daripada menguasai keputusan, sebab saya percaya tidakan secara bersama dalam menentang Rejim Israel mampu menghentikan krisis kemanusiaan di Palestin.
Tuntasnya, Islam bukanlah agama yang rasis yang menilai sesuatu perkara semata-mata kerana bangsa, dan agama, tetapi menilai atas apa yang dilakukan sepertimana kekejaman Israel terhadap wanita-wanita, kanak-kanak dan kebanyakan rakyat Palestin. Tidak adil dan sumbang sekiranya kita menilai sesuatu kejahatan semata-mata kerana bangsa semata-mata dan sepatutnya tidak berkait langsung atas nama ras.
Mohamad Ammar Atan
Universiti Malaya.
Comments
Post a Comment