Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Link artikel dan berita yang berkaitan:

Link artikel dan berita yang berkaitan: http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/ppum-tuntut-bawa-suara-asli-mahasiswa-mohd-ammar-bin-atan http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/universiti-gedung-ilmu-bukan-penjara-mohamad-ammar-atan http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kembali-kepada-fokus-utama-kita-ammar-atan http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/11/21/um-halang-pro-mahasiswa-bertanding-pilihan-raya-kampus/ http://www.sinarharian.com.my/rencana/penggerak-politik-alaf-baharu-1.384836 http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/35508-nilai-sebenar-kerajaan-mahasiswa https://sg.news.yahoo.com/student-activists-want-igp-resign-over-police-brutality-060800219.html https://www.malaysiakini.com/letters/304328 http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/03/26/25-charged-over-antiGST-rally/ http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/kurangkan-ketirisan-bukan-kurangkan-bajet-kesihatan-mohd-...

Negeri Selangor Mencatatkan Kadar Kemiskinan Paling Tinggi di Malaysia.

Pada tahun 2014 Negeri Selangor mencatatkan kadar kemiskinan terendah pada 0.2% dengan menggunakan kadar Purata Garis Kemiskinan Kebangsaan pada RM 830.00, jauh lebih rendah berbanding Sabah pada paras 3.9% dan Kelantan pada paras 0.9%, namun kadar 0.2% tidak melambangkan realiti sosio ekonomi rakyat di Selangor hatta di negeri-negeri yang lain. Perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pada tahun 2014, telah menatijahkan peningkatan kadar kemiskinan secara mendadak daripada 0.2% kepada paras 30%, dan ia merupakan kadar yang tertinggi di Mal aysia. Ini kerana kadar Purata Garis Kemiskinan Kerajaan Persekutuan tidak lagi realistic dalam mengambarkan realiti keadaan sosio ekonomi rakyat Selangor. Oleh itu, kerajaan negeri telah menetapkan paras yang realistik dan bertanggungjawab pada RM1,500 sebagai garis kemiskinan di negeri Selangor. Untuk menjadi lebih inklusif, tahap kemiskinan perlu diukur menggunakan kaedah pendapatan isi rumah, berbanding kadar min...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...

UNIVERSITI SEBAGAI GEDUNG ILMU, BUKAN PENJARA, MAHASISWA TUNTUT KEBEBASAN AKADEMIK.

Tanggal 29 Jun dan 7 Julai, 13 mahasiswa UKM dan 2 mahasiswa UIAM dihadapkan ke Lembaga Disiplin atas beberapa pertuduhan. Secara ringkasnya, pertuduhan yang dijalankan oleh pihak universiti terhadap mahasiswa UKM dan UIAM adalah atas tindakan berani dalam menjunjung kebebasan akademik yang menjadi nadi sebuah institusi keilmuan dan demi membela kebajikan mahasiswa. Walaupun program yang dianjurkan oleh mereka tidak mendapat kelulusan dan diistilahkan “haram” sepertimana yang berlaku di UIAM apabila wacana ilmiah yang membicarakan isu GST diharamkan pada saat akhir, dan adakah menjadi kesalahan besar apabila mahasiswa bangkit secara kolektif menuntut agar masalah air di UKM selesaikan segera demi kebajikan mahasiswa? Namun secara keseluruhannya, mahasiswa dan mahasiswi berkumpul untuk melihat kebebasan akademik kembali mekar di universiti-universiti tempatan. Kami tidak mahu menjadi sekadar “penghafal teori dan zombi akademik” keluaran universiti. Sekarang, 13 mahasisw...

NILAI SEBENAR KERAJAAN MAHASISWA

Diterbitkan pada Feb 2015 Kerajaan mahasiswa adalah suatu bentuk kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan ( a force to be reckoned with ). Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri. Walaupun apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap kerajaan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurangkurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana. Sebagai sejarah dan penunjuk arah. Bagi gerakan dan pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara. ...

AKTA HASUTAN 1948 : MANSUH VS PINDA

Diterbitkan Jan 2015 Perdana Menteri telah mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional yang dilihat sudah lapuk dan mengekang kebebesan bersuara yang mana merupakan elemen penting dalam perlembagaan negara Malaysia. Ramai  yang merasakan bahawa akta ini perlu dimansuhkan apabila melihat satu scenario yang “double standard” yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Hal ini dapat dilihat dengan isu yang melibatkan * Utusan Malaysia mempersoalkan, "Apa lagi Cina mahu" selepas keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas. BN mendakwa kaum Cina dan pengundi bandar menyokong pembangkang selepas kerusi Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meningkat dari 82 ke 89. * Sebuah laman web melaporkan awal tahun ini Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru supaya Al-Kitab dibakar. * klip video Datuk Zulkifli Nordin (yang memperso...

BOIKOT PRODUK PRO ISRAEL! SME PERLU PANDAI GUNA PELUANG.

Diterbitkan pada 2014 Dalam senario rakyat yang sedar dan punyai semangat iltizam dalam bersolidariti akan tragis yang menimpa saudara kita di Gaza. Ramai dikalangan rakyat kita mula memboikot produk-produk keluaran yang pro-Israel yang menyumbangkan dana terhadap keganasan di Gaza dan beberapa syarikat proksi Israel. Tsunami kemanusiaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia hatta diseluruh dunia yang turut sama bersolidariti mengecam tindakan ganas Israel terhadap pembunuhan kanak-kanak, kaum wanita, ibu-ibu, dan rakyat awam yang tidak berdosa. Maka dengan senario yang berlaku ini, sepatutnya peniaga kecil dan sederhana atau dikenali sebagai small medium enterprise (SME) perlu menggunakan peluang yang ada dengan semaksima yang mungkin semasa rakyat mula memboikot produk-produk yang digazetkan sebagai keluaran pro-Israel. Ini bertujuan supaya rakyat punyai alternatif dalam menggunakan suatu produk dan juga supaya usaha memboikot ini berterusan hingga keganasan yang berlaku d...

BAIK KEKAL DARIPADA DIUBAH ~ KRISIS KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Diterbitkan pada 2014 Senario kekalutan yang berlaku memungkinkan kedudukan menteri besar Selangor akan diubah demi kepentingan beberapa pihak dalam kelangsungan politik  akan datang serta juga melihat kepada kepentingan rakyat Selangor khususnya. Kemelut   yang berlaku berkaitan dengan kedudukan menteri besar Selangor hendaklah diselesaikan samada dengan mengekalkan atau meletakkan calon menteri besar yang benar-benar sesuai menepati kehendak rakyat dan bukannya bergantung kepada parti semata-mata. Ramai mengetahui bahawa kedudukan menteri besar yang disandang oleh Khalid Ibrahim adalah kedudukan yang tidak kekal dan keputusan ini berdasarkan konsensus parti komponen Pakatan Rakyat dan kuasa Sultan Selangor akhirnya. Kedudukan yang disandang kini tidak seharusnya diubah kerana melihat prestasi dan respon kebanyakan rakyat yang merasakan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu kekal pada posisi tersebut sekiranya merujuk survey yang dijalankan oleh beberapa badan sepe...

PAS PERLU REJUVENASI DALAM MELAHIRKAN PEMIMPIN MALAYSIA.

Diterbitkan 2014 PAS selaku parti politik yang bertunjangkan prinsip Islam serta punyai pengalaman yang cukup luas dalam dunia gerakan islam dan dunia politik perlu lebih mampan dan sistematik dalam melahirkan pemimpin idaman rakyat Malaysia, PAS yang memiliki jumlah ahli yang berjuta hampir menandingi jumlah ahli UMNO perlu sedar akan ketandusan figura yang mampu menggarap suara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Tuan Guru Hadi Awang selaku presiden PAS gagal mengimejkan diri beliau sebagai seorang pemimpin rakyat Malaysia yang dapat diterima oleh seluruh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) hatta diversiti rakyat Malaysia, dalam pada masa yang sama beliau juga seorang tokoh politik Islam yang perlu disanjungi. Oleh itu PAS perlu punyai mekanisme yang lebih mendasar serta jangka panjang untuk melahirkan pemimpin idaman Malaysia yang menepati maqasid Islam juga.  PAS dilihat hanya mampu melahirkan individu yang berdegar dalam mendepani isu-isu keagamaan be...

High Income Nation ~ Malaysia Vision 2020

Higher Income Nation, where refers to the Vision of 2020 of our master plan to become developed nation by the year 2020 and it was introduced by the former  Prime Minister of Malaysia ,  Mahathir bin Mohamad  in the Sixth Malaysia Plan , 1991.  The vision calls for the nation to achieve self-sufficient industrialized nation by the year 2020, encompasses all aspects of life, from economic prosperity, social well-being, educational world class, political stability, as well as psychological balance. But, what it is exactly a high income nation? Why should it be a matter? Does it mean you will have higher income? Does it mean the cost of good will arise? Does it mean we all can retire in 2020 with the good lives? Yeah the appearance of this vision pretty good actually. Anyway, “do you know what high income nation is”? First, let us get theoretical stuff far away. Currently the World Bank defined high income nation...