Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Generasi YOLO

Generasi YOLO ialah istilah baharu yang digunapakai oleh negara barat untuk mentakrifkan keberadaan semasa generasi muda pada hari ini, khususnya generasi Y dalam pelbagai aspek kehidupan. YOLO adalah singkatan "you only live once" atau dalam Latin "carpe diem”, seseorang itu perlu menikmati kehidupan, walaupun yang melibatkan risiko, seolah-olah tidak akan ada satu lagi peluang untuk itu. Generasi YOLO adalah generasi antara 1981 dan 1995, generasi ini tidak terkesan dengan krisis ekonomi lalu.Malah mereka membesar dalam pertumbuhan ekonomi dan teknologi yang pesat. Kebanyakan daripada mereka masih lagi kanak-kanak atau belum dilahirkan sewaktu kegawatan ekonomi pada pertengahan 1980-an. Semasa 1997-1998 krisis kewangan Asia atau lebih dikenali sebagai Asian Financial Crisis, sebahagian besar daripada generasi ini masih dibangku sekolah. Peristiwa yang pernah dunia pada tahun 2008/09 yakni krisis kewangan global atau lebih dikenali Global Financial Crisis ...

PRU 14: Pertembungan Kleptokrat lawan Demokrat.

Pilihanraya ke-14 yang mungkin bakal berkunjung tiba dalam masa terdekat ini akan memperlihatkan pertarungan diantara kleptokrat dan democrat. Pertarungan diantara mereka yang sedang dan telah merompak duit rakyat dan mereka yang sedar akan kebobrokan kerajaan dan badan-badar legislatif yang telah dimanipulasi atas niat politik sempit mereka. Pilihanraya pada kali ini juga akan memperlihatkan slogan Hidup Melayu! Dan Hidup Islam! Akan terus diperkuatkan di dada-dada akhbar media kawalan mereka untuk meniup semangat perkauman dan agama yang disempitkan oleh mereka. PAS juga tidak lari daripada turut mengikut rentak agama dan bangsa ini. Dari narrative Islam untuk semua, mereka beralih kepada spectrum baharu Islam dan Melayu seperti mana parti BERJASA laungkan dalam pilihanraya yang lalu. Narratif sempit ini sengaja dimainkan kerana UMNO dan PAS punyai political field atau padang perlawanan yang hampir sama yakni segmen pengundi Melayu, Islam, luar bandar, dan Mela...

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Kleptokrat

Pasca Perhimpunan Agung UMNO 2016 menyaksikan UMNO terus mara berdrama mempertahankan Ketuanan Melayu sebagai sentimen utama demi mempertahankan Ketuanan Kleptokrat yang sedang mentadbir negara ini. Berdekad lamanya golongan kleptokrat menggunakan kuasa politik untuk merompak hak rakyat demi kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka. Hebat tak hebat Najib, beliau berjaya dan dengan jayanya menutupi penglihatan ahli UMNO seluruh negara dengan  meniup sentimen Melayu dan Islam daripada melihat kebobrokan pimpinan kleptokrat yang sedang memimpin parti itu. Kedudukan UMNO yang semakin tergugat saban hari menyebabkan tindakan terdesak yang memperalatkan sentimen perkauman dan agama sebagai senjata dalam PRU-14 yang bakal berlangsung. Ketuanan kleptokrat inilah yang sedang merosakkan Melayu dan Islam, mereka bercakap kepada masalah yang mereka sendiri ciptakan atas tujuan politik. Justeru, rakyat perlu sedar bahawa pertembungan pada Pilih...

BELIA MALAYSIA 2016 : SATU RENUNGAN

Pembangunan belia ditakrifkan oleh para sarjana sebagai satu proses yang menyediakan orang muda untuk menghadapi cabaran remaja dan dewasa, dan mencapai potensi penuh mereka. Ia dirangsang melalui aktiviti dan pengalaman yang membantu belia membangunkan kecekapan sosial, etika, emosi, fizikal dan kognitif. Walau bagaimanapun, menarik untuk dilihat bahawa terdapat hubungan penting antara belia dan pembangunan negara, integrasi nasional dan kestabilan sosial. Hubungan ini adalah saling bergantung, satu yang bergantung kepada yang lain untuk sara kehidupan dan lain-lain. Oleh itu, peranan belia dalam pembangunan negara, integrasi nasional dan kestabilan sosial adalah amat penting. Jadi, apa yang "muda" ini?  Ramai akan membahaskan bahawa menjadi muda tidak semestinya dikaitkan dengan usia. Bangsa-Bangsa Bersatu mentakrifkan belia sebagai orang yang berumur di antara 15 dan 25 tahun. Dasar Pembangunan Belia Negara Malaysia mentakrifkan belia sebagai mereka yang berum...

RUMAH MAKIN MAHAL TAPI GAJI TAK MAHAL: SIAPA SENGSARA DAN APA SOLUSI?

RUMAH MAKIN MAHAL TAPI GAJI TAK MAHAL:  SIAPA SENGSARA DAN APA SO LUSI? Dalam Belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober 2017, Perdana Menteri kita telah meletakkan beberapa inisiatif baharu seperti memperkenalkan Skim Pembiayaan Akhir (End-Financing), penghapusan duti setem sebanyak 100%, kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam ditingkatkan dari RM200,000 hingga RM750,000 dan inisiatif My Beautiful Home (MY BN Home). Kerajaan juga telah meletakkan beberapa usaha untuk meningkatkan jumlah penawaran perumahan mampu milik melalui PR1MA, SPNB, Rumah PPR, PPA1M dan lain-lain lagi. Melalui badan-badan yang diperuntukkan dibawah belanjawan didapati peruntukan bagi tahun 2017 telah meningkat sebagai contoh PR1MA meningkat peruntukan sebanyak 143 peratus dan PPA1M meningkat sebanyak 51 peratus. Adakah inisiatif ini memadai kepada generasi muda pada hari ini dan masa depan? Jawapannya tidak. Kerana melalui Belanjawan 2017 yang ...

ISU RUMAH PASCA BELANJAWAN 2017: SISI PANDANG ANAK MUDA SIRI 1

Dalam Belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober 2017, Perdana Menteri kita telah meletakkan beberapa inisiatif baharu seperti memperkenalkan Skim Pembiayaan Akhir (End-Financing), penghapusan duti setem sebanyak 100%, kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam ditingkatkan dari RM200,000 hingga RM750,000 dan inisiatif My Beautiful Home (MY BN Home) Kerajaan juga telah meletakkan beberapa usaha untuk meningkatkan jumlah penawaran perumahan mampu milik melalui PR1MA, SPNB, Rumah PPR, PPA1M dan lain-lain lagi. Melalui badan-badan yang diperuntukkan dibawah belanjawan didapati peruntukan bagi tahun 2017 telah meningkat sebagai contoh PR1MA meningkat peruntukan sebanyak 143 peratus dan PPA1M meningkat sebanyak 51 peratus. Adakah inisiatif ini memadai kepada generasi muda pada hari ini dan masa depan? Jawapannya tidak. Kerana melalui Belanjawan 2017 yang akan diluluskan dalam bulan November ini, kerajaan hanya tertumpu kepada pemilikan ru...

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH

Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat. Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga. Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan R...

Jangkaan Kesan Negatif TPPA kepada Sektor Pendidikan Negara

Beberapa determinasi kesan negatif TPPA dalam sektor pendidikan negara: a. Pemilikan hak cipta yang lebih lama TPPA memperuntukkan Pelanjutan tempoh hak cipta 70 tahun selepas kematian penulis. Dalam kes rakaman bunyi atau filem, hak cipta adalah dilanjutkan kepada 70 tahun dari tarikh penerbitan pertama. Secara teknikal, terdapat peruntukan-peruntukan yang juga boleh membawa kepada lanjutan daripada 25 -plus- 70 tahun , iaitu, 95 tahun! Ini akan mengunci ilmu jauh di luar tempoh semasa yang diperuntukkan dalam undang-undang kita (50 tahun) 1 1 New Zealand - sebuah negara maju berpendapatan negara kasar per kapita 3.7 kali ganda daripada Malaysia - mendapat Tempoh peralihan 8 tahun bagi kedua-dua jenis sambungan jangka hak cipta (bertulis karya dan rakaman bunyi atau filem ) berbanding tempoh peralihan 2 tahun agak singkat Malaysia. Tambahan pula, Malaysia mendapat lanjutan hanya 1 daripada 2 jenis lanjutan tempoh hak cipta yang diperlukan oleh TPPA. The New Zealand keraja...