Pasca Perhimpunan Agung UMNO 2016 menyaksikan UMNO terus
mara berdrama mempertahankan Ketuanan Melayu sebagai sentimen utama demi
mempertahankan Ketuanan Kleptokrat yang sedang mentadbir negara ini.
Berdekad lamanya golongan kleptokrat menggunakan kuasa
politik untuk merompak hak rakyat demi kepentingan peribadi dan kroni-kroni
mereka.
Hebat tak hebat Najib, beliau berjaya dan dengan jayanya
menutupi penglihatan ahli UMNO seluruh negara dengan meniup sentimen Melayu dan Islam daripada melihat
kebobrokan pimpinan kleptokrat yang sedang memimpin parti itu.
Kedudukan UMNO yang semakin tergugat saban hari menyebabkan
tindakan terdesak yang memperalatkan sentimen perkauman dan agama sebagai
senjata dalam PRU-14 yang bakal berlangsung.
Ketuanan kleptokrat inilah yang sedang merosakkan Melayu dan
Islam, mereka bercakap kepada masalah yang mereka sendiri ciptakan atas tujuan
politik.
Justeru, rakyat perlu sedar bahawa pertembungan pada Pilihan
Raya ke-14 akan datang adalah pertembungan Parti Kleptokrat dan Parti
Anti-Kleptokrat.
Ammar Atan
Comments
Post a Comment