Generasi YOLO ialah istilah baharu yang digunapakai oleh negara barat untuk mentakrifkan keberadaan semasa generasi muda pada hari ini, khususnya generasi Y dalam pelbagai aspek kehidupan. YOLO adalah singkatan "you only live once" atau dalam Latin "carpe diem”, seseorang itu perlu menikmati kehidupan, walaupun yang melibatkan risiko, seolah-olah tidak akan ada satu lagi peluang untuk itu.
Generasi YOLO adalah generasi antara 1981 dan 1995, generasi ini tidak terkesan dengan krisis ekonomi lalu.Malah mereka membesar dalam pertumbuhan ekonomi dan teknologi yang pesat.
Kebanyakan daripada mereka masih lagi kanak-kanak atau belum dilahirkan sewaktu kegawatan ekonomi pada pertengahan 1980-an. Semasa 1997-1998 krisis kewangan Asia atau lebih dikenali sebagai Asian Financial Crisis, sebahagian besar daripada generasi ini masih dibangku sekolah.
Peristiwa yang pernah dunia pada tahun 2008/09 yakni krisis kewangan global atau lebih dikenali Global Financial Crisis yang puncanya dari kegawatan kuasa ekonomi terbesar dunia yakni Amerika.Namun krisis initidak signifikan kepada Gen Y. Malah Malaysia tidak terjejas teruk dan pemulihan adalah pantas.
Realiti Ekonomi Hari Ini - Gen Y
Tetapi keadaan anak muda dalam temph 5 tahun sebelum ini telah memperlihatkan Gen Y Malaysia terkejut dengan ketidaktentuan ekonomi global dan isu-isu struktural dalam ekonomi domestik.
Mereka telah menempa masuk kehidupan berkerjaya dalam keadaan upah tidak berkembang atau stagnanting, kos sara hidup semakin meningkat dan lebih teruk lagi, ledakan harga hartanah atau harga perumahan Negara yang telah mengunci pintu Gen Y daripada pemilikan hartanah.
Disini isunya. Sekiranya para pembaca boleh menangkap apa yang penulis cuba sampaikan. Malaysia tidak berada dalam kemelesetan ekonomi yang parah mahupun satu ketika ini, berdasarkan unjuran ekonomi semasa, ekonomi masih mencatatkan perkembangan , walaupun pada kadar yang perlahan sekitar 3.5% hingga 4%, dan kadar pengangguran rasmi adalah terkawal dibawah 4%.
Jadi, kenapa anak muda merasakan semakin terbeban dan kecewa?
Satu kajian yang telah dijalankan oleh iMoney Group dan The Edge telah mendedahkan realiti dibawah bagaimana generasi muda Malaysia menghadapi dalam kehidupan seharian mereka dan apa perasaan mereka.
Mereka telah menemuramah seramai 1,259 responden sekitar 21-36 tahun, secara keseluruhan kajian itu, Gen Y berasa tidak baik atau terbeban.Hampir satu perempat daripada responden mengatakan bahawa mereka lebih teruk daripada generasi ibu bapa mereka. Empat daripada lima percaya bahawa Malaysia sedang berada dalam kemelesetan atau menuju kearah kemelesetan. Semua responden ini juga mengatakan mereka telah menangguhkan atau membatalkan keputusan kewangan utama dalam tempoh 12 bulan lalu
Nyata melalui kajian yang dilakukan, Gen Y tidak boleh berfikir mengenai persaraan terancang atau keadaan selepas mereka bersara kerana ada masalah yang lebih mendesak di tangan.Malah, kebimbangan yang cukup tinggi adalah pada pemilikan harta dan kemampuan.
Pemilikan Rumah
Menurut mereka, hanya satu daripada empat (27.5%) daripada Gen Y berumur 21 hingga 29 memiliki harta manakala lebih separuh (62.2%) ysng lebi tua Gen Y berumur 30 hingga 36 tahun memiliki rumah mereka sendiri,
Kekhuatiran Gen Y ini terus memuncak apabila keadaan perumahan Negara terus parah dengan kenaikan harga rumah samada rumah mampu milik terus meningkat ditambah dengan kadar upah yang malar dan peningkatan kos sara hidup.
Realiti sektor perumahan Negara sangat membimbangkan, permintaan terhadap rumah mampu milik jauh lebih tinggi daripada penawaran atau pembinaan rumah mampu milik, factor utama inilah yang mendorong rumah makin mahal dan generasi homeless.
Dimana Kedudukan DSR Gen Y
Ia tidak menghairankan koshidup ini semakin mahal, terutamanya di kawasan bandar, hari ini. Mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan menghabiskan RM1,056 kepada RM1,409 pada makanan, petrol dan bil. Kos asas jumlah yang hidup adalah lebih tinggi sedikit untuk yang dalam golongan berpendapatan sederhana. Ini bermakna kos lantai bagi sara hidup dalam lingkungan RM1500 sebulan di kawasan Bandar dan ini lebih parah bagi mereka yang berpendapatan pertengahan rendah dan kebawah.
Dan ini adalah sebelum menambah obligasi hutang. Kebanyakan responden kajian mempunyai beberapa bentuk pembayaran balik hutang: gadai janji, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman pelajar atau kad kredit.
Debt-service ratio (DSR) berdasarkan hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan Gen Y memikul beban yang berat.Ini adalah meruncing bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 - DSR purata mereka adalah lebih daripada 90%.
Bagi golongan berpendapatan sederhana, mereka yang membuat antara RM3,001 dan RM9,999, purata DSR kekal tinggi pada 47% kepada 74%. Hanya mereka yang berpendapatan lebih daripada RM10,000 dapat untuk mengekalkan DSR "selamat" kira-kira 30%.
Tetapi ini hanya tetap kredit.Jika anda tumpukan pada hutang kad kredit, beban menjadi lebih berat.
Kajian menunjukkan bahawa komitmen hutang kad kredit daripada peratusan pendapatan bulanan berkisar dari 43% kepada 83% daripada pendapatan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM7,000.
Ini didorong atas faktor pengurusan wang yang kurang baikdan akhirnya memandu Gen Y kepada hutang seperti kad kredit dan pinjaman peribadi.Ramai orang mempunyai pinjaman kereta, pinjaman pelajar dan gadai janji.Tetapi, secara amnya, mereka tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik.
Tahap hutang yang tinggi ini sangat menakutkan khususnya mereka yang berpendapatan kurang daripada RM10,000 dan mempunyai DSR yang tinggi.
Persoalannya, berapa banyak diperlukan untuk menjalani kehidupan yang selesa di bandar?
Jika gaji permulaan anda rendah, kenaikan gaji anda tidak stara dengan kenaikan inflasi. Itulah sebabnya ia begitu kejam, kerana setiap kos lain telah naik tetapi pendapatan anda tidak pula naik.
Generasi pada hari ini berpendapat bahawa untuk hidup di bandar sebagai contoh Kuala Lumpur gaji dibawah RM6,000 adalah tidak mencukupi. Mungkin gaji RM 6,000 itu agak selesa bagi sesetengah pembaca tetapi selepas ditolak cukai dan caruman KWSP, keperluan asas seperti makanan, pertrol, tol, bil, pembayaran balik kereta dan rumah sewa.Itu pun masih ngam-ngam.
Walaupun masih mampu untuk membuat simpanan bagi pembelian aset kelak seperti rumah. Jika mereka mula bekerja sejak 2007 dan berbelanja dengan berhemat, mereka mungkin dapat membeli rumah pada 2012 dengan simpanan selama 6 tahun. Tetapi masuk sahaja pada tahun 2012, harga hartanah telah meningkat berkali-kali ganda daripada simpanan anda.
Pengangguran dan Kadar Upah
Sementara itu, kadar pengangguran belia agak membimbangkan, dianggarkan 10% berbanding dengan purata negara sebanyak kira-kira 4%. Gaji pekerja muda di Malaysia telah berkembang pada kadar yang lebih rendah dengan ketara dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Penyelidikan mengenai ketidaksamaan di Malaysia oleh Dr Lee Hwok Aun Universiti Malaya dan Institut Penyelidikan Khazanah Muhammed Abdul Khalid melihat akaun simpanan KWSP dengan kurungan umur.Mereka mendapati perbezaan yang semakin melebar dalam purata simpanan KWSP antara pekerja muda dan pertengahan umur.
Hari ini kita melihat bahawa ramai generasi muda khuatir akan masa depan sama ada boleh mendapatkan pekerjaan yang baik. Kesukaran mendapatkan pekerjaan yang baik dengan gaji yang baik menatijahkan anak muda hari ini berminat untuk pergi bekerja di luar Negara seperti Singapura.
Migrasi Rakyat dan Kerugian Modal Insan
Sentimen ini berjaya didedahkan dalam kaji selidik pengguna GroupM Malaysia, 3D Malaysia, yang mana semakin ramai Gen Y menyatakan hasrat mencari peluang di luar Malaysia.Kajian Bank Dunia mendapati bahawa 72 peratus rakyat Malaysia bermigrasi atas mencari peluang pendapatan yang lebih baik.Lebih daripada dua juta orang telah berhijrah sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957.Pada tahun 2011, kira-kira satu juta rakyat Malaysia di luar.
Sungguhpun gaji purata di seluruh negara masih menunjukkan peningkatan nominal 5% kepada 6% setiap tahun.Nombor tersebut tidak dapat masalah yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah.
Mereka tidak boleh mendapatkan cukup untuk menampung kos sara hidup yang meningkat, maka mereka adalah sangat lemah, terutamanya jika mereka mengambil banyak hutang. Yang akan menjadi kumpulan yang paling lemah yang mungkin akan menghadapi lebih banyak masalah pada masa akan datang, terutamanya apabila kadar faedah meningkat, kenaikan inflasi dan peluang pekerjaan mengecut.
Mungkin generasi ini perlu mendefinisikan semula apa itu YOLO. You Only Live Once but that life is a long one.
Comments
Post a Comment