Skip to main content

PRU 14: Pertembungan Kleptokrat lawan Demokrat.






Pilihanraya ke-14 yang mungkin bakal berkunjung tiba dalam masa terdekat ini akan memperlihatkan pertarungan diantara kleptokrat dan democrat. Pertarungan diantara mereka yang sedang dan telah merompak duit rakyat dan mereka yang sedar akan kebobrokan kerajaan dan badan-badar legislatif yang telah dimanipulasi atas niat politik sempit mereka.

Pilihanraya pada kali ini juga akan memperlihatkan slogan Hidup Melayu! Dan Hidup Islam! Akan terus diperkuatkan di dada-dada akhbar media kawalan mereka untuk meniup semangat perkauman dan agama yang disempitkan oleh mereka.

PAS juga tidak lari daripada turut mengikut rentak agama dan bangsa ini. Dari narrative Islam untuk semua, mereka beralih kepada spectrum baharu Islam dan Melayu seperti mana parti BERJASA laungkan dalam pilihanraya yang lalu.
Narratif sempit ini sengaja dimainkan kerana UMNO dan PAS punyai political field atau padang perlawanan yang hampir sama yakni segmen pengundi Melayu, Islam, luar bandar, dan Melayu konsevertif. Mereka maklum dan faham hanya dengan membawa agenda politik perkauman dan agamalah yang akan mengangkat kedua-dua parti ini terus kekal relevan dalam pilihanraya akan datang.

Pasca Perhimpunan Agung UMNO 2016 mengukuhkan lagi hipotesis ini bahawa agenda Melayu-Islam akan diperalatkan lagi dalam menghadapi pembangkang yakni Pakatan Harapan, PPBM dan Warisan.

Dua peristiwa penting dunia baru-baru ini juga boleh dijadikan model atau contoh terbaik dalam mengukuhkan hujah penulisan ini. Pertamanya peristiwa Brexit atau Britain exit dari Kesatuan Eropah dan yang seterusnya ialah Pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Kita tahu kedua-dua peristiwa ini tidak memihak kepada pihak yang kita tidak sukai kerana kenyataan yang dibuat terlalu bersandarkan kepentingan sesetengah pihak sepertimana Trump mengangkat supremacy White-American dan merendah-rendahkan wanita dalam pidato beliau.

Justeru, kenapa Trump dan Brexit berjaya dalam pentas demokrasi ini?

Terdapat banyak jawapan yang boleh dirumuskan dalam peristiwa besar ini, yang pertama mereka menggunakan senjata ketakutan bangsa sebagai alat menawan golongan pengundi yang sudahpun tersisih dari arus pembangunan negara. Kedua menggunakan modal agama sepertimana Trump yang dilihat anti Islam dan pro Israel, sekali lagi beliau berjaya menawan pengundi yang berfikiran bahawa muslim adalah ancaman kepada keselamatan negara mereka.

Strategi fear mongering dan emotif yang digunapakai Trump mulai menjadi rujukan dunia bagi parti-parti yang mula berputus asa terhadap realiti dalam membawa harapan baharu yang lebih baik tanpa menyisihkan sesiapa.

Dari dua peristiwa penting ini juga boleh dipelajar bahawa peratusan keluar mengundi juga adalah tersangat rendah berbanding sebelumnya, khususnya bagi segmen pengundi muda yang layak untuk mengundi namun tidak keluar mengundi. Peratusan yang menyokong Trump sebagai presiden berdasarkan populasi keseluruhan rakyat Amerika adalah dibawah paras 30 peratus. Lebih 80 juta rakyat Amerika tidak keluar mengundi dalam pilihanraya terbesar negara dan pecahan tidak keluar mengundi mengikut tahap umur seperti dibawah.


Sumber: United States Elections Project


Terdapat penulisan khusus atas tragedi demokrasi yang menimpa Amerika apabila menatijahkan peratusan tidak keluar mengundi dalam pilihanraya presiden negera tersebut. Untuk mengikuti kenapa boleh terus ke http://www.vox.com/policy-and-politics/2016/11/7/13536198/election-day-americans-vote”.

Daripada peristiwa penting ini, perlu untuk kita sedari juga bahawa UMNO sejak dahulu dan kini konsisten membawa mesej Melayu sungguhpun Melayu dibawah terus papa kedana dalam era pembangunan negara dan Melayu kleptokrat UMNO terus selesa berkuasa. UMNO memahami padang politik mereka yakni untuk menawan pengundi Melayu luar bandar, berumur 40 tahun keatas dan Melayu konservatif.

Begitu juga PAS yang memahami padang politik yang mana berkongsi pecahan besarnya bersama UMNO. Sasaran mereka adalah golongan Melayu yang ingin lihat Melayu dan Islam kembali berkuasa dalam apa konteks sekalipun. Hudud yang secara konsisten sejak dahulu merupakan senjata ampuh bagi PAS yang setakat ini tidak lagi mampu disaingi oleh pembawaan Politik Islam parti Keadilan dan Amanah.

PAS hari ini juga tidak lagi bergantung harap kepada segmen pengundi bukan Melayu dan bukan Islam, ini dapat dilihat secara jelas pembawaan Islam yang sebelum ini yang bersifat universal mula terarah dalam narratif eksklusif Islam-Melayu dan tidak lagi bersama dalam koalisi Pakatan Harapan yang mampu mengekalkan sokongan bukan Melayu dan bukan Islam serta beberapa segmen Melayu Islam.

Pakatan Harapan yang ditunjangi Keadilam, DAP dan Amanah perlu bersama membawa agenda perubahan yang menawarkan harapan kepimpinan yang akan membawa negara nyah kleptokrat, memberdaya pertumbuhan ekonomi dan memberikan keadilan sosial kepada semua segmen masyarakat berbilang kaum dan agama. Perangkap politik perkauman dan agama yang digunapakai mereka perlu disaingi dengan politik harapan yang menggarap semua suara rakyat.

Jadikan tema perlawanan pada PRU 14 akan datang adalah diantara parti kleptokrat dan parti demokrat yang kedua-duanya bertembung atas nilai untuk merompak duit rakyat ecara demokrasi dan satu pihak lain mengangkat demokrasi menyahkan budaya kleptokrasi.

Ammar Atan.

Comments

Popular posts from this blog

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH

Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat. Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga. Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan R...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...