Skip to main content

Posts

RUMAH MAKIN MAHAL TAPI GAJI TAK MAHAL: SIAPA SENGSARA DAN APA SOLUSI?

RUMAH MAKIN MAHAL TAPI GAJI TAK MAHAL:  SIAPA SENGSARA DAN APA SO LUSI? Dalam Belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober 2017, Perdana Menteri kita telah meletakkan beberapa inisiatif baharu seperti memperkenalkan Skim Pembiayaan Akhir (End-Financing), penghapusan duti setem sebanyak 100%, kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam ditingkatkan dari RM200,000 hingga RM750,000 dan inisiatif My Beautiful Home (MY BN Home). Kerajaan juga telah meletakkan beberapa usaha untuk meningkatkan jumlah penawaran perumahan mampu milik melalui PR1MA, SPNB, Rumah PPR, PPA1M dan lain-lain lagi. Melalui badan-badan yang diperuntukkan dibawah belanjawan didapati peruntukan bagi tahun 2017 telah meningkat sebagai contoh PR1MA meningkat peruntukan sebanyak 143 peratus dan PPA1M meningkat sebanyak 51 peratus. Adakah inisiatif ini memadai kepada generasi muda pada hari ini dan masa depan? Jawapannya tidak. Kerana melalui Belanjawan 2017 yang ...

ISU RUMAH PASCA BELANJAWAN 2017: SISI PANDANG ANAK MUDA SIRI 1

Dalam Belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober 2017, Perdana Menteri kita telah meletakkan beberapa inisiatif baharu seperti memperkenalkan Skim Pembiayaan Akhir (End-Financing), penghapusan duti setem sebanyak 100%, kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam ditingkatkan dari RM200,000 hingga RM750,000 dan inisiatif My Beautiful Home (MY BN Home) Kerajaan juga telah meletakkan beberapa usaha untuk meningkatkan jumlah penawaran perumahan mampu milik melalui PR1MA, SPNB, Rumah PPR, PPA1M dan lain-lain lagi. Melalui badan-badan yang diperuntukkan dibawah belanjawan didapati peruntukan bagi tahun 2017 telah meningkat sebagai contoh PR1MA meningkat peruntukan sebanyak 143 peratus dan PPA1M meningkat sebanyak 51 peratus. Adakah inisiatif ini memadai kepada generasi muda pada hari ini dan masa depan? Jawapannya tidak. Kerana melalui Belanjawan 2017 yang akan diluluskan dalam bulan November ini, kerajaan hanya tertumpu kepada pemilikan ru...

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH

Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat. Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga. Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan R...

Jangkaan Kesan Negatif TPPA kepada Sektor Pendidikan Negara

Beberapa determinasi kesan negatif TPPA dalam sektor pendidikan negara: a. Pemilikan hak cipta yang lebih lama TPPA memperuntukkan Pelanjutan tempoh hak cipta 70 tahun selepas kematian penulis. Dalam kes rakaman bunyi atau filem, hak cipta adalah dilanjutkan kepada 70 tahun dari tarikh penerbitan pertama. Secara teknikal, terdapat peruntukan-peruntukan yang juga boleh membawa kepada lanjutan daripada 25 -plus- 70 tahun , iaitu, 95 tahun! Ini akan mengunci ilmu jauh di luar tempoh semasa yang diperuntukkan dalam undang-undang kita (50 tahun) 1 1 New Zealand - sebuah negara maju berpendapatan negara kasar per kapita 3.7 kali ganda daripada Malaysia - mendapat Tempoh peralihan 8 tahun bagi kedua-dua jenis sambungan jangka hak cipta (bertulis karya dan rakaman bunyi atau filem ) berbanding tempoh peralihan 2 tahun agak singkat Malaysia. Tambahan pula, Malaysia mendapat lanjutan hanya 1 daripada 2 jenis lanjutan tempoh hak cipta yang diperlukan oleh TPPA. The New Zealand keraja...

IMPLIKASI PEMOTONGAN BELANJAWAN PENDIDIKAN TINGGI 2016 - AMMAR, FAHMI & KALAIVANAN.

IMPLIKASI PEMOTONGAN BELANJAWAN PENDIDIKAN TINGGI 2016 - AMMAR, FAHMI & KALAIVANAN. Pemotongan belanjawan pendidikan tinggi telah berlaku 2 tahun berturut-turut semenjak 2014, dan ia telah memberikan implikasi bukan sahaja terhadap universiti bahkan kepada mahasiswa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan meningkatkan dana IPTA pada masa akan datang sekiranya institusi IPTA mampu menghasilkan kebolehpasaran yang tinggi di kalangan graduan mereka. Kenyataan beliau seolah-olah mengatakan IPTA sekarang tidak memenuhi KPI yang ditetapkan. Pada hakikatnya Universiti Malaya mengalami pemotongan bajet terbesar iaitu 27.3% dalam bajet 2016. Adakah UM telah gagal menunjukkan kebolehpasaran yang cukup tinggi? Adakah kerajaan mempertikaikan UM sebagai universiti terulung di Malaysia? Maka, kenyataan Perdana Menteri adalah “misleading”. Dalam sesi parlimen ini juga, Menteri Pelajaran Tinggi telah memberi ketetapan (confirmation) bahawa pemotongan bajet IPTA sememangnya ...