Adakah UM telah gagal menunjukkan
kebolehpasaran yang cukup tinggi? Adakah kerajaan mempertikaikan UM sebagai
universiti terulung di Malaysia? Maka, kenyataan Perdana Menteri adalah
“misleading”. Dalam sesi parlimen ini juga, Menteri Pelajaran Tinggi telah
memberi ketetapan (confirmation) bahawa pemotongan bajet IPTA sememangnya
adalah dasar kerajaan untuk menurunkan pergantungan IPTA kepada kerajaan. Pada
masa sekarang, pergantungan IPTA kepada kerajaan adalah pada kadar 85-90%.
Sasaran kerajaan adalah menurunkan pergantungan IPTA kepada kerajaan sehingga
70% sahaja menjelang 2020.
Maka, kita boleh menjangkakan bahawa
pemotongan bajet IPTA akan berterusan pada tahun-tahun hadapan. Isu sebenar pemotongan
bajet IPTA sebanyak RM2.4 billion adalah isu salah prioriti (wrong priority)
dalam bajet 2016. Kerajaan seharusnya meletakkan pendidikan anak muda pada
tempat pertama. Hujah yang kerap kali digunakan oleh pihak kerajaan untuk
menghalalkan pemotongan adalah kerana krisis ekonomi yang sedang melanda,
hakikat yang membelenggu kerajaan bukanlah krisis ekonomi tetapi soalan
priority dan juga kegagalan urus tadbir kewangan negara.
Jika benar bahawa krisis ekonomi
sedang berlaku, bagaimana kerajaan boleh melaburkan sebanyak RM546 Juta kepada ESSCOM yang digunakan untuk pembinaan
kompleks kediaman yang kononya untuk tujuan pertahanan negara. Dalam pada masa
yang sama kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 Billion kepada plan
pembinaan Nuclear Plant sedangkan Malaysia mempunyai lebihan sumber tenaga
elektrik sebanyak 40% dan kerajaan seharusnya menfokuskan kepada “renewable
energy” bagi menjamin kelestarian alama sekitar sepertimana sekarang Malaysia
merupakan pengeluar Solar Panel kedua terbesar didunia, dan prospek pelaburan
yang lebih baik kepada Malaysia.
Oleh itu kami membantah pemotongan
bajet IPTA kerana ia merupakan satu tanggungjawab Negara dan juga pelaburan
yang bijak. Mengikut kajian OECD, pelaburan ke dalam pendidikan tinggi akan
membawa pulangan yang tinggi kepada kerajaan. Secara purata, setiap ringgit
kerajaan melabur dalam pelajaran tinggi, kerajaan akan mendapat 6 ringgit dalam
bentuk cukai. Pelaburan dalam pendidikan tinggi juga akan mendapat Mutiplier
effect yang tinggi.
Dengan pemotongan teruk ke atas IPTA,
kerajaan Perdana Menteri mungkin kehilangan sokongan mahasiswa. Dalam PRU13
yang lepas, UMNO/BN hanya mendapat 46% sokongan orang muda dalam kategori umur
21-25. Pemotongan bajet IPTA dua tahun berturut-turut akan menyebabkan
kesangsian kalangan mahasiswa. Adakah UMNO/BN telah “give up” cuba mendapat
sokongan orang muda terutamanya golongan mahasiswa yang kebanyakan berpendidikan
tinggi dan pandai berfikir?
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri
masih ada peluang memperbetulkan bajet IPTA 2016. Saya menyeru Perdana Menteri
merangkap Menteri Kewangan mengemukakan usul dalam peringkat jawatankuasa
Parlimen minggu depan dengan memotong RM1.4 bilion daripada Jabatan Perdana
Menteri, kemudiannya ditambahkan ke dalam peruntukan bajet IPTA 2016. Ini
adalah peluang untuk memperbetulkan perbelanjaan demi mahasiswa dan masa depan
negara.
Prioriti Pelaburan Pendidikan Negara
Seperti ibu bapa yang melabur demi
kecerahan masa hadapan anak-anak mereka, kerajaan juga wajib melabur dalam masa
depan modal insan rakyat Malaysia. Negara-negara maju seperti Denmark dan
Norway melaburkan 7.8% dan 6.8% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK)
mereka untuk pendidikan, manakala Malaysia hanya membelanjakan peruntukan
sebanyak 4.1%. Majoriti daripada peratusan itu dilaburkan untuk infrastruktur
dan gaji! Malah, bajet pendidikan telah dicantas daripada RM50 bilion kepada RM
37 bilion tahun ini. Bayangkan logikanya, jika Cuba (13.6%) dan Timor Leste
(16.8%) sekali pun mampu membelanjakan lebih daripada Malaysia.
Kira-kira 80% daripada isi rumah dalam
kelompok 40% pendapatan paling rendah di Malaysia hanya mempunyai kelulusan
setinggi sijil SPM atau lebih rendah, manakala hanya 5% yang menerima
pendidikan peringkat tinggi. Baki selebihnya langsung tidak pernah bersekolah.
Hal ini berbeza dengan kelompok tertinggi pendapatan yang 65% berpendidikan
tinggi. Jelaslah bahawa taraf pendidikan berkadar langsung dengan pendapatan.
Peluang pendidikan tinggi yang sama rata dapat menegakkan keadilan sosial serta
memberi peluang yang sama rata kepada semua terutamanya golongan miskin.
Seterusnya, apabila golongan ini diberi peluang pendidikan tinggi,
sekurang-kurangnya negara akan mendapat pulangannya melalui cukai pendapatan.
Pendidikan solusi untuk merapatkan
jurang pendapatan kaya miskin
Malaysia menduduki tempat ketiga
tertinggi di Asia dari segi jurang antara golongan kaya dan miskin, mengikut
ukuran GINI 0.4621 (sumber: World Bank). Memang zahirnya rakyat Malaysia tidak
semiskin kebanyakan rakyat Indonesia ataupun India namun jurang antara kaya dan
miskin kita sangat besar. Dengan pendapatan isi rumah RM15,000 sebulan (jumlah)
sahaja sudah boleh meletakkan anda sebagai 1% terkaya di Malaysia. 75% isi
rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan!
Cuba kita teliti statistik ini; 60%
isi rumah berpendapatan tertinggi mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli
yang menerima pendidikan tinggi manakala 60% daripada isi rumah berpendapatan
paling rendah di Malaysia pula paling tinggi kelulusannya ialah SPM. Jurang
pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin semakin lebar sejak tahun 1970.
Hanya peluang pendidikan tinggi yang adil untuk semua rakyat yang akan dapat
merapatkan jurang pendapatan ini, lalu menggerakkan Malaysia menjadi satu
negara yang ekonominya lebih adil.
Amerika mengganggap bahawa manfaat
pendidikan tinggi adalah lebih kepada individu, maka rakyat Amerika membiayai
pendidikan tinggi mereka sendiri. Warga Skandinavia pula percaya bahawa
kerajaanlah yang bertanggungjawab membiayai kos pendidikan tinggi. Bagaimana
pula situasi jurang pendapatan di negara-negara terbabit? Di Amerika, hutang
pinjaman pelajar melarat sehingga sebesar US$902 bilion (sumber: Federal
Reserve New York). Natijahnya, jurang kaya dan miskin Amerika juga antara yang
semakin melarat di dunia. Negara-negara Skandinavia yang memberikan pendidikan
tinggi percuma pula diletakkan pada kedudukan tertinggi di kalangan
negara-negara paling sama rata di peringkat global. Justeru, hubungkait sistem
pendidikan dan akibatnya terhadap jurang pendapatan kaya dan miskin sukar
dinafikan.
Pendidikan percuma akan memberikan
individu yang layak satu peluang untuk menaikkan taraf kehidupan mereka serta
generasi seterusnya dan juga merapatkan jurang pendapatan. Jika halangan
ekonomi ini tidak dibantu, nasib kelompok
berpendapatan rendah ini tidak akan berubah. Mereka akan tetap dalam kepompong
yang sama, dan jurang pendapatan di Malaysia akan terus melebar dengan parah.
Perlu
tambah tawaran IPTA kepada pelajar tempatan
Memandangkan berlakunya ketidakadilan, kami (mahasiswa progresif) mendesak agar Kementerian Pendidikan Tinggi menambahkan tawaran kepada pelajar yang
menjadi mangsa kepada sistem UPU ini masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA).
Merujuk data yang diperolehi dari
parlimen dan media, pengambilan pelajar pada tahun 2015 hanya 40,438 pelajar
adalah paling rendah berbanding tahun 2013 (41,573 pelajar), dan 2014 (42,795
pelajar). Ini bermaksud penurunan 5.5% berbanding tahun lepas. Kadar pengabilan
pelajar pada tahun 2015 adalah 67.95% juga turun berbanding 2013 (71.9%). Kami
juga berpedirian membantah penurunan pengambilan pelajar secara mendadak.
Tahun
|
Permohonan
|
Layak
|
Penawaran
|
2013
|
68 702
|
57 802
|
41 573
|
2014
|
74 071
|
67 388
|
42 795
|
2015
|
63942
|
59511
|
40438
|
Gejala penurunan kemasukkan pelajar
disyaki berkaitan dengan pemotongan Bajet IPTAyang mendadak dalam Bajet 2015.
Mengikut Bajet 2015 yang diluluskan dalam Dewan Rakyat, kerajaan telah memotong
12.36% iaitu daripada RM 8.47billion (2014) ke RM 7.42 billion (2015), iaitu
penurunan RM 1.03billion. sila rujuk lampiran Excel. Pemotongan bajet adalah
disebabkan oleh pengawalan fiskal yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri akibat
gagal mengawal hutang Negara yang hampir mencecah 55%.
Keadaan ekonomi juga tidak mengizinkan
pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran di IPTS atau keluar negara memandangkan
kejatuhan ringgit Malaysia. Maka pelajar-pelajar dari keluarga miskin mungkin
telah sampai ke penghujung jalan akademik mereka.
Kini tibalah masanya bagi kerajaan
untuk menghulurkan bantuan ketika rakyat memerlukannya. Dengan menawarkan lebih
banyak tempat di IPTA, beban ibu bapa boleh dikurangkan.
Dalam keadaan kejatuhan ringgit, kami anak muda menyeru kerajaan memikul tanggungjawab sosial untuk menyerap
pelajar-pelajar ke IPTA. Ibubapa sekarang menghadapi masalah serius membiayai
kos yuran IPTS dan university luar Negara apabila 1 Dollar bersamaan RM4 dan 1
pound bersamaan RM6.25. Maka, ini peluang yang terbaik untuk menarik
pelajar-pelajar cemerlang terus belajar di IPTA daripada melanjut pelajaran di
luar Negara. Dengan lebih ramai pelajar cemerlang dalam IPTA, prestasi IPTA
juga akan meningkat.
Perjumpaan
dengan pihak UPU dan Menteri Pendidikan Tinggi.
Langkah seterusnya, kami bersedia
membawa data-data yang kami ada untuk berjumpa dengan pihak UPU dan Kementerian
Pendidikan Tinggi untuk membantu mereka memperbetulkan sistem UPU. Ini adalah
cara constructive engagament yang kami akan laksanakan. Kami akan cuba
mengaturkan perjumpaan dengan kedua-dua pihak dalam masa terdekat ini.
Kami mendesak pihak MOE kembalikan
bajet sebenar kepada IPTA. Bajet sebenar bermaksud sejajar dengan peningkatan
8.03% mahasiswa, bajet 2014 harus ditambah 8.03%. Maka bajet IPTA untuk tahun
2015 seharusnya RM 9,146,244,142.
Pendidikan universiti adalah sektor
yang kritikal untuk memacukan Negara untuk mencapai Negara maju. Kerajaan BN
tidak haruslah memotong bajet IPTA semata-mata kerana gagal menangani masalah
rasuah dan pembaziran dalam pengurusan bajet.
Kalau boleh melabur puluhan billion
ringgit dalam 1MDB, mengapa tidak boleh melabur dalam pendidikan rakyat
Malaysia? Secara konsisten. Apatah lagi Datuk Seri Najib Razak telah mendapat
peruntukan khas atau derma dari Pak Syeikh dari Arab sebanyak RM 2.6 Billion
ringgit.
Yang Berjuang:
1. Mohd Ammar Atan - Pemuda Amanah Nasional
2. Fahmi Zainol - Angkatan Muda Keadilan
3. Kalaivanan Murty - MPP Fakulti Undang-undang.
Comments
Post a Comment