Skip to main content

Posts

Atas Dasar Cintakan Negara, Rakyat Perlu Bangkit Menentang TPPA

Atas Dasar Cintakan Negara, Rakyat Perlu Bangkit Menentang TPPA - Mohd Ammar Atan Kesedaran rakyat pada hari ini mengenai ancaman globalisasi dan kuasa geopolitik TPPA terhadap Malaysia adalah pada tahap yang minima dan membimbangkan. Mungkin ada yang berpendapat bahawa perjanjian antarabangsa antara negara bukan perkara yang perlu diambil tahu secara mendalam kerana ia dianggap tiada kaitan dengan kehidupan seharian kita. Fenomena kejahilan ini merupakan pedagogi yang akan meranapkan masa depan mereka sendiri . TPP adalah perjanjian perdagangan yang sedang dirundingkan oleh 12 negara iaitu Malaysia, Amerika, Jepun, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Baru-baru ini juga Indonesia menyuarakan hasrat untuk turut bersama dalam perjanjian ini. Suatu perkara yang pelik dalam perjanjian ini ialah peraturan TPP bukan sahaja menyentuh isu berkaitan perdagangan, malah isu yang tiada kena mengena dengan perdagangan seperti pero...

Link artikel dan berita yang berkaitan:

Link artikel dan berita yang berkaitan: http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/ppum-tuntut-bawa-suara-asli-mahasiswa-mohd-ammar-bin-atan http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/universiti-gedung-ilmu-bukan-penjara-mohamad-ammar-atan http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kembali-kepada-fokus-utama-kita-ammar-atan http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/11/21/um-halang-pro-mahasiswa-bertanding-pilihan-raya-kampus/ http://www.sinarharian.com.my/rencana/penggerak-politik-alaf-baharu-1.384836 http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/35508-nilai-sebenar-kerajaan-mahasiswa https://sg.news.yahoo.com/student-activists-want-igp-resign-over-police-brutality-060800219.html https://www.malaysiakini.com/letters/304328 http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/03/26/25-charged-over-antiGST-rally/ http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/kurangkan-ketirisan-bukan-kurangkan-bajet-kesihatan-mohd-...

Negeri Selangor Mencatatkan Kadar Kemiskinan Paling Tinggi di Malaysia.

Pada tahun 2014 Negeri Selangor mencatatkan kadar kemiskinan terendah pada 0.2% dengan menggunakan kadar Purata Garis Kemiskinan Kebangsaan pada RM 830.00, jauh lebih rendah berbanding Sabah pada paras 3.9% dan Kelantan pada paras 0.9%, namun kadar 0.2% tidak melambangkan realiti sosio ekonomi rakyat di Selangor hatta di negeri-negeri yang lain. Perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pada tahun 2014, telah menatijahkan peningkatan kadar kemiskinan secara mendadak daripada 0.2% kepada paras 30%, dan ia merupakan kadar yang tertinggi di Mal aysia. Ini kerana kadar Purata Garis Kemiskinan Kerajaan Persekutuan tidak lagi realistic dalam mengambarkan realiti keadaan sosio ekonomi rakyat Selangor. Oleh itu, kerajaan negeri telah menetapkan paras yang realistik dan bertanggungjawab pada RM1,500 sebagai garis kemiskinan di negeri Selangor. Untuk menjadi lebih inklusif, tahap kemiskinan perlu diukur menggunakan kaedah pendapatan isi rumah, berbanding kadar min...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...

UNIVERSITI SEBAGAI GEDUNG ILMU, BUKAN PENJARA, MAHASISWA TUNTUT KEBEBASAN AKADEMIK.

Tanggal 29 Jun dan 7 Julai, 13 mahasiswa UKM dan 2 mahasiswa UIAM dihadapkan ke Lembaga Disiplin atas beberapa pertuduhan. Secara ringkasnya, pertuduhan yang dijalankan oleh pihak universiti terhadap mahasiswa UKM dan UIAM adalah atas tindakan berani dalam menjunjung kebebasan akademik yang menjadi nadi sebuah institusi keilmuan dan demi membela kebajikan mahasiswa. Walaupun program yang dianjurkan oleh mereka tidak mendapat kelulusan dan diistilahkan “haram” sepertimana yang berlaku di UIAM apabila wacana ilmiah yang membicarakan isu GST diharamkan pada saat akhir, dan adakah menjadi kesalahan besar apabila mahasiswa bangkit secara kolektif menuntut agar masalah air di UKM selesaikan segera demi kebajikan mahasiswa? Namun secara keseluruhannya, mahasiswa dan mahasiswi berkumpul untuk melihat kebebasan akademik kembali mekar di universiti-universiti tempatan. Kami tidak mahu menjadi sekadar “penghafal teori dan zombi akademik” keluaran universiti. Sekarang, 13 mahasisw...

NILAI SEBENAR KERAJAAN MAHASISWA

Diterbitkan pada Feb 2015 Kerajaan mahasiswa adalah suatu bentuk kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan ( a force to be reckoned with ). Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri. Walaupun apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap kerajaan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurangkurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana. Sebagai sejarah dan penunjuk arah. Bagi gerakan dan pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara. ...

AKTA HASUTAN 1948 : MANSUH VS PINDA

Diterbitkan Jan 2015 Perdana Menteri telah mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional yang dilihat sudah lapuk dan mengekang kebebesan bersuara yang mana merupakan elemen penting dalam perlembagaan negara Malaysia. Ramai  yang merasakan bahawa akta ini perlu dimansuhkan apabila melihat satu scenario yang “double standard” yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Hal ini dapat dilihat dengan isu yang melibatkan * Utusan Malaysia mempersoalkan, "Apa lagi Cina mahu" selepas keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas. BN mendakwa kaum Cina dan pengundi bandar menyokong pembangkang selepas kerusi Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meningkat dari 82 ke 89. * Sebuah laman web melaporkan awal tahun ini Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru supaya Al-Kitab dibakar. * klip video Datuk Zulkifli Nordin (yang memperso...