Skip to main content

Atas Dasar Cintakan Negara, Rakyat Perlu Bangkit Menentang TPPA



Atas Dasar Cintakan Negara, Rakyat Perlu Bangkit Menentang TPPA
- Mohd Ammar Atan

Kesedaran rakyat pada hari ini mengenai ancaman globalisasi dan kuasa geopolitik TPPA terhadap Malaysia adalah pada tahap yang minima dan membimbangkan. Mungkin ada yang berpendapat bahawa perjanjian antarabangsa antara negara bukan perkara yang perlu diambil tahu secara mendalam kerana ia dianggap tiada kaitan dengan kehidupan seharian kita. Fenomena kejahilan ini merupakan pedagogi yang akan meranapkan masa depan mereka sendiri .

TPP adalah perjanjian perdagangan yang sedang dirundingkan oleh 12 negara iaitu Malaysia, Amerika, Jepun, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Baru-baru ini juga Indonesia menyuarakan hasrat untuk turut bersama dalam perjanjian ini.

Suatu perkara yang pelik dalam perjanjian ini ialah peraturan TPP bukan sahaja menyentuh isu berkaitan perdagangan, malah isu yang tiada kena mengena dengan perdagangan seperti perolehan kerajaan, ubat-ubatan, hak harta intelek, dan juga alam sekitar. Isu yang sebelum ini tidak perlu dirundingkan dalam mana-mana perjanjian perdagangan, seperti kedudukan syarikat milik kerajaan GLC, juga disentuh didalam TPP.

TPP akan menjadi habuan atau lubuk kepada syarikat dari negara maju untuk mengorek kekayaan tanpa sempadan dan kesan buruk kerakusan ini perlu ditanggung negara membangun seperti Malaysia. Secara mudah fahamnya, AS yang merupakan arkitek utama TPP mahu menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan negara peserta TPP.

Tun Dr. Mahathir juga melahirkan kebimbangan terhadap perjanjian ini  kerana hakikat bahawa AS merupakan pelopor utama dalam TPP dan negara-negara membangun akan menerima manfaat yang kecil berbanding keburukan yang melebar, kebimbangan ini juga dikongsi oleh bekas Menteri Kewangan Negara Tun Daim Zainuddin, dan juga pakar ekonomi dunia Joseph E. Stiglitz, a Nobel laureate in economics and University Professor at Columbia University, beliau mengatakan bahawa Malaysia akan mengalami kerugian dalam perdangangan sebanyak RM 75 Billion selepas memeterai TPP.

Sejauhmana perjanjian perdagangan ini akan meningkatkan aliran dagangan produk dan perkhidmatan antara negara, setakat ini tiada sebarang kajian menunjukkan bahawa perjanjian seperti ini akan membawa masuk lebih banyak pelaburan luar, seperti dilalui Mexico dalam perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) bersama AS dan Kanada.

NAFTA secara asasnya sama seperti TPP dan terbukti, negara membangun seperti Mexico merana selepas memeterai perjanjian yang kononya akan merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Mexico telah diheret oleh pengurusan sisa buangan berpusat di AS, Metalclad Corp ke tribunal antarabangsa selepas kerajaan San Luis Potosi mengarahkan kilang sisa buangan milik syarikat itu ditutup kerana mencemarkan air penduduk tempatan.
Akhirnya Kerajaan  Mexico kalah dalam kes tersebut dan diarahkan membayar pampas an AS$ 16.7 juta (RM60 Juta) kepada Metalclad Corp.

Antara 29 bab yang sedang dirundingkan dalam perjanjian TPP oleh Malaysia dan 11 negara yang lain, bab pelaburan boleh dikatakan antara bab yang paling ‘mengerikan’. Ini kerana peraturan dibawah bab ini memberi kelebihan melampau kepada pelabur asing sehingga membenarkan mereka mencabar dasar sesebuah kerajaan walaupun dasar itu dibuat bagi kepentingan awam, seperti peraturan dalam sektor kesihatan dan penjagaan alam sekitar.

Kita seharunsya belajar dari pengalam negara lain seperti Mexico, yang berdepan dengan 14 kes saman bernilai berbillion ringgit daripada pelabur luar yang difailkan di bawah Bab 11 dalam NAFTA,iaitu peruntukan melindungi pelabur luar dan memudahkan penyelesaian dalam pertelingkahan pelaburan.

Disini kita dapat melihat bahawa TPP menggunakan kerangka NAFTA yang secara jelas berat sebelah kepada syarikat multinasional tanpa mengambil kira dasar sesebuah kerajaan yang bertujuan memelihara alam sekitar dan menjaga kebajikan rakyat.

TPP Membunuh Ekonomi Rakyat Tempatan

Kita kerap kali didendangkan bahawa TPP merupakan suatu perjanjian yang membuka peluang luas kepada syarikat-syarikat negara ini, termasuk perusahan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengakses pasaran luar dengan mudah sekali gus merancakkan perniagaan mereka.

Hujah ini dibuat berdasarkan tangapan simplistic mereka terhadap syarikat kita dan syarikat negara maju yang menyertai TPP seperti AS, Australia, dan kanada adalah setaraf dan mempunyai peluang sama rata, seperti membandingakan “apple to apple”

Realitinya, kita tidak akan mendapat peluang sama rata, walaupun syarikat dan PKS kita mungkin setaraf dengan mereka dari segi kualiti, kerana banyak faktor lain yang menjadi indicator seperti keupayaan perniagaan  tempatan dan antarabangsa yang akan menyebabkan syarikat tempatan tidak mampu menembusi pasaran luar, lantas bersaing dengan syarikat luar, kerana pelbagai bentuk diskriminasi telah dan akan diwujudkan terutamanya oleh negara maju.

Amerika secara lantang mahu memastikan bahawa tariff dan halangan lain terhadap barangan mereka, termasuk produk pertanian, dikurangkan sebaik TPP ditandatangani, tetapi bagi Malaysia, pelbagai halangan lain termasuk kos, undang-undang dan keadaan politik akan menghalang syarikat negara ini menembusi AS. Contohnya, kos mengeksport lebih tinggi kerana perlu menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh negara berbeza dan ketidaktentuan kadar tukaran mata wang.

Di Malaysia, PKS adalah tulang belakang ekonomi negara, dengan hampir 650,000 PKS merangkumi 97.3 peratus daripada jumlah semua perniagaan di Malaysia serta menyumbang 33.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut Laporan Ekonomi 2014/2015 yahg dikeluarkan oleh Perbendaharaan.

Majoriti PKS bergantung kepada pasaran domestic atau pasaran tempatan, dan hanya 25.6 peratus daripada produk PKS dalam sektor pembuatan dieksport keluar. Ini  menunujukkan bahawa sektor ini mudah terjejas atau fragile jika terdapat peningkatan mendadak dalam persaingan di pasaran domestik apabila syarikat luar mula membanjiri negara.

Menurut kajian pertubuhan pemikir antarabangsa, Carnegie Endownment for International Peace, NAFTA yang merupakan acuan asal TPP, adalah faktor tunggal paling jelas menyebabkan kehilangan pekerjaan dalam sektor pertanian di Mexico apabila 3 juta daripada 10 juta petani di Mexico terpaksa berhenti mengusahakan tanah mereka kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat luar.

Atas kebimbangan inilah anak muda dan rakyat perlu menggarap tenaga yang ada untuk membantah dalam apa jua kaedah, samada berbentuk radikal, atau jalan mendidik. Ini kerana perjanjian TPP secara jelasnya akan meranapkan ekonomi rakyat di negara ini, berdasarkan pengalaman negara-negara lain, dan jangan sampai tidak ada lagi barangan buatan Malaysia boleh dibeli di pasaran jika TPP ditandatangani kelak.









Comments

Popular posts from this blog

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH

Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat. Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga. Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan R...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...