Skip to main content

NAJIB RAZAK JANGAN TIPU KAMI, MAHASISWA TIDAK BODOH!

8 Disember 2015.

Kenyataan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berkenaan dengan jaminan kerajaan bahawa yuran pengajian universiti tidak akan naik, adalah satu kenyataan yang hanya ingin menyedapkan hati mahasiswa yang hadir pada Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015 di PWTC.

Mungkin Datuk Seri Najib Razak boleh menipu mahasiswa yang menyokong penuh beliau, tetapi beliau tidak boleh menipu mahasiswa diseluruh negara yang rasional dan sedar akan realiti kos-kos pengajian yang terpaksa ditanggung oleh mahasiswa.

Realiti yang PM perlu ketahui ialah dalam tempoh 2 tahun berturut-turut kesan daripada pemotongan belanjawan pendidikan tinggi telah menyebabkan kos pengajian dan kehidupan mahasiswa meningkat dalam peratusan yang cukup tinggi. Sebagi contoh:

Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
1. Yuran kemasukan pelajar telah mingkat sebanyak 32% dari tahun 2014 hingga 2015.
2. Yuran Dana Kebajikan pelajar telah meningkat sebanyak 300% dari tahun 2014 hingga 2015
3. Yuran Kolej Kediaman  (Ijazah Sarjana) telah meningkat sebanyak 27.7% dari tahun 2014 hingga 2015
3. Yuran Akademik (Per Subjek) telah meningkat sebanyak 3.4% dari thaun 2014 hingga 2015
Manakala di Universiti Malaya (UM)
1. Yuran Kolej Kediaman (Ijazah Sarjana) telah meningkat sebanyak 50% dari tahun 2014 hingga 2015

Ini tidak termasuk dalam kos-kos yang terpaksa ditanggung oleh mahasiswa yang lain seperti kos membeli buku, peralatan belajar, makan dan minum, pengangkutan, dan kenaikan kos sara hidup yang lain.

Dalam pada masa yang sama kerajaan tergamak untuk memotong belanjawan terhadap biasiswa, dermasiswa dan pinjaman kepada mahasiswa sebanyak 23%  dalam angka 812 juta berbanding 2015.
Taktala mahasiswa dan rakyat terus dihimpit, pihak kerajaan terus menerus mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan yang tidak berpijak dibumi yang nyta dan membutakan mata terhadap realiti dan kesan kepada sosio ekonomi mahasiswa seluruh Malaysia.

MOHAMAD AMMAR ATAN
PEMUDA AMANAH NASIONAL
MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA




Comments

Popular posts from this blog

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH

Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat. Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga. Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan R...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...