Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

IMPLIKASI PEMOTONGAN BELANJAWAN PENDIDIKAN TINGGI 2016 - AMMAR, FAHMI & KALAIVANAN.

IMPLIKASI PEMOTONGAN BELANJAWAN PENDIDIKAN TINGGI 2016 - AMMAR, FAHMI & KALAIVANAN. Pemotongan belanjawan pendidikan tinggi telah berlaku 2 tahun berturut-turut semenjak 2014, dan ia telah memberikan implikasi bukan sahaja terhadap universiti bahkan kepada mahasiswa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan meningkatkan dana IPTA pada masa akan datang sekiranya institusi IPTA mampu menghasilkan kebolehpasaran yang tinggi di kalangan graduan mereka. Kenyataan beliau seolah-olah mengatakan IPTA sekarang tidak memenuhi KPI yang ditetapkan. Pada hakikatnya Universiti Malaya mengalami pemotongan bajet terbesar iaitu 27.3% dalam bajet 2016. Adakah UM telah gagal menunjukkan kebolehpasaran yang cukup tinggi? Adakah kerajaan mempertikaikan UM sebagai universiti terulung di Malaysia? Maka, kenyataan Perdana Menteri adalah “misleading”. Dalam sesi parlimen ini juga, Menteri Pelajaran Tinggi telah memberi ketetapan (confirmation) bahawa pemotongan bajet IPTA sememangnya ...

NAJIB RAZAK JANGAN TIPU KAMI, MAHASISWA TIDAK BODOH!

8 Disember 2015. Kenyataan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berkenaan dengan jaminan kerajaan bahawa yuran pengajian universiti tidak akan naik, adalah satu kenyataan yang hanya ingin menyedapkan hati mahasiswa yang hadir pada Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015 di PWTC. Mungkin Datuk Seri Najib Razak boleh menipu mahasiswa yang menyokong penuh beliau, tetapi beliau tidak boleh menipu mahasiswa diseluruh negara yang rasional dan sedar akan realiti kos-kos pengajian yang terpaksa ditanggung oleh mahasiswa. Realiti yang PM perlu ketahui ialah dalam tempoh 2 tahun berturut-turut kesan daripada pemotongan belanjawan pendidikan tinggi telah menyebabkan kos pengajian dan kehidupan mahasiswa meningkat dalam peratusan yang cukup tinggi. Sebagi contoh: Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1. Yuran kemasukan pelajar telah mingkat sebanyak 32% dari tahun 2014 hingga 2015. 2. Yuran Dana Kebajikan pelajar telah meningkat sebanyak 300% dari tahun 201...

Atas Dasar Cintakan Negara, Rakyat Perlu Bangkit Menentang TPPA

Atas Dasar Cintakan Negara, Rakyat Perlu Bangkit Menentang TPPA - Mohd Ammar Atan Kesedaran rakyat pada hari ini mengenai ancaman globalisasi dan kuasa geopolitik TPPA terhadap Malaysia adalah pada tahap yang minima dan membimbangkan. Mungkin ada yang berpendapat bahawa perjanjian antarabangsa antara negara bukan perkara yang perlu diambil tahu secara mendalam kerana ia dianggap tiada kaitan dengan kehidupan seharian kita. Fenomena kejahilan ini merupakan pedagogi yang akan meranapkan masa depan mereka sendiri . TPP adalah perjanjian perdagangan yang sedang dirundingkan oleh 12 negara iaitu Malaysia, Amerika, Jepun, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Baru-baru ini juga Indonesia menyuarakan hasrat untuk turut bersama dalam perjanjian ini. Suatu perkara yang pelik dalam perjanjian ini ialah peraturan TPP bukan sahaja menyentuh isu berkaitan perdagangan, malah isu yang tiada kena mengena dengan perdagangan seperti pero...

Link artikel dan berita yang berkaitan:

Link artikel dan berita yang berkaitan: http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/ppum-tuntut-bawa-suara-asli-mahasiswa-mohd-ammar-bin-atan http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/universiti-gedung-ilmu-bukan-penjara-mohamad-ammar-atan http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kembali-kepada-fokus-utama-kita-ammar-atan http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/11/21/um-halang-pro-mahasiswa-bertanding-pilihan-raya-kampus/ http://www.sinarharian.com.my/rencana/penggerak-politik-alaf-baharu-1.384836 http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/35508-nilai-sebenar-kerajaan-mahasiswa https://sg.news.yahoo.com/student-activists-want-igp-resign-over-police-brutality-060800219.html https://www.malaysiakini.com/letters/304328 http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/03/26/25-charged-over-antiGST-rally/ http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/kurangkan-ketirisan-bukan-kurangkan-bajet-kesihatan-mohd-...

Negeri Selangor Mencatatkan Kadar Kemiskinan Paling Tinggi di Malaysia.

Pada tahun 2014 Negeri Selangor mencatatkan kadar kemiskinan terendah pada 0.2% dengan menggunakan kadar Purata Garis Kemiskinan Kebangsaan pada RM 830.00, jauh lebih rendah berbanding Sabah pada paras 3.9% dan Kelantan pada paras 0.9%, namun kadar 0.2% tidak melambangkan realiti sosio ekonomi rakyat di Selangor hatta di negeri-negeri yang lain. Perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pada tahun 2014, telah menatijahkan peningkatan kadar kemiskinan secara mendadak daripada 0.2% kepada paras 30%, dan ia merupakan kadar yang tertinggi di Mal aysia. Ini kerana kadar Purata Garis Kemiskinan Kerajaan Persekutuan tidak lagi realistic dalam mengambarkan realiti keadaan sosio ekonomi rakyat Selangor. Oleh itu, kerajaan negeri telah menetapkan paras yang realistik dan bertanggungjawab pada RM1,500 sebagai garis kemiskinan di negeri Selangor. Untuk menjadi lebih inklusif, tahap kemiskinan perlu diukur menggunakan kaedah pendapatan isi rumah, berbanding kadar min...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...