Skip to main content

Posts

Proton: National Pride vs National Liability? - Ammar Atan

1. Every Malaysian knows very well with Malaysia’s national car producer, Proton. Proton or (Perusahaan Otomobil Nasional Berhad) was established in 1985 and is well known as a brain-child of Tun Dr. Mahathir Mohamad during his premiership. The popular reason behind the inception of Proton was to hasten the Malaysian industrilisation programme and to create ample opportunities for Malaysian engineers, technicians, designers and others. In fact, during Mahathir's period, the Look East Policy has inspired him to build the national car company as Japan did successfully. Country Year Started Australia 1944 Japan 1965 South Korea 1974 Indonesia 1976 India 1982 Malaysia 1985 Table 1: T he time line of various countries’ national car project. Malaysia is not the only one in Asean. 2. Proton as the pillar of Malaysia’s automotive...
Recent posts

Is Malaysian Housing Affordable? - Ammar Atan

Is Malaysian Housing Affordable? House is one of the indispensable needs In life, as a human, we need a proper shelter that will be able to secure us from any danger and threat. House is also pertinent to help our society grow in the modest and civilised way. We do not want our society to live without a proper roof over the head or with life-long debt from an action of buying a house. Thus is Malaysian housing affordable? Realistically, our housing market is out of affordability for the vast majority of Malaysians. According to Khazanah Research Institute (KRI), the housing market in Malaysia has shown that most Malaysians cannot afford to own or buy a house, KRI has also indicated that housing market in Malaysia is out of affordability at 4.4 times higher than the median household income of Malaysians. Terengganu, Penang, Kuala Lumpur and Sabah are the states that are in the critical condition of affordability. Table 1: Comparison of housing affordability based on ...

Kekaguman Pelancong Muslim di Jepun Ditemplak Orang Jepun Sendiri.

Seorang lelaki muslim berumur 40-an suka menjelajah ke pelbagai negara yang berbeza budaya, agama dan benua. Minat yang tinggi pada agama  dan falsafah-falsafah barat dan timur membuatkan beliau lebih teruja untuk menjelajah ke seluruh negara. Setiap kali penjelajahan yang dilakukan saudara muslim ini ke seluruh negara pasti akan dinotakan secara terperinci tentang apa baik, buruk dan  pengajaran yang diperolehi olehnya. Terlupa saya untuk memperkenalkan, saudara yang saya maksudkan ialah Wafiuddin Rosli, orangnya biasa- biasa saja, tetapi minat beliau kepada agama dan budaya berbeza itu cukup tnggi. Suatu masa itu, Wafi mengambil keputusan untuk memulakan penjelajahan beliau ke Jepun, di dalam fikirannya Jepun sebuah negara moden, maju  dan bersih, perasaan eksitednya tidak dapat dilindungi, pelbagai status di media sosial dimuatnaik untuk tatapan orang ramai. Penerbangan beliau ke Jepun pada tarikh 13 Mei 2016 dan bertolak pada awal jam 8 pagi. Setelah ...

ADAKAH PERUMAHAN DI MALAYSIA MAMPU MILIK?

Oleh Pemuda Amanah Nasional Pemuda AMANAH Nasional melihat rumah merupakan keperluan asas atau dhoruriyyat dalam kehidupan manusia sejajar konsep maqasid syari’ah. Justeru, adakah rumah di Malaysia mampu milik selari dengan purata pendapatan rakyat di Malaysia? Realitinya perumahan di Malaysia berada diluar kemampuan pendapatan rakyat iaitu 4.4 kali ganda (sumber Demographia) berbanding pendapatan median rakyat RM4585 kebawah. Terengganu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah adalah antara negeri yang sangat kritikal ketidakmampuan rakyatnya untuk memiliki rumah. Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), sebuah institusi pro-pemaju menyatakan industri hartanah bagi setengah tahun 2016 menunjukkan bahawa perumahan yang dibina dibawah RM200 ribu hanya sekitar 14 peratus sahaja dari keseluruhan unit perumahan yang ditawarkan. Perumahan yang berharga RM300 ribu ke atas mendominasi pasaran perumahan iaitu lebih daripada 50 peratus. Berd...

Generasi YOLO

Generasi YOLO ialah istilah baharu yang digunapakai oleh negara barat untuk mentakrifkan keberadaan semasa generasi muda pada hari ini, khususnya generasi Y dalam pelbagai aspek kehidupan. YOLO adalah singkatan "you only live once" atau dalam Latin "carpe diem”, seseorang itu perlu menikmati kehidupan, walaupun yang melibatkan risiko, seolah-olah tidak akan ada satu lagi peluang untuk itu. Generasi YOLO adalah generasi antara 1981 dan 1995, generasi ini tidak terkesan dengan krisis ekonomi lalu.Malah mereka membesar dalam pertumbuhan ekonomi dan teknologi yang pesat. Kebanyakan daripada mereka masih lagi kanak-kanak atau belum dilahirkan sewaktu kegawatan ekonomi pada pertengahan 1980-an. Semasa 1997-1998 krisis kewangan Asia atau lebih dikenali sebagai Asian Financial Crisis, sebahagian besar daripada generasi ini masih dibangku sekolah. Peristiwa yang pernah dunia pada tahun 2008/09 yakni krisis kewangan global atau lebih dikenali Global Financial Crisis ...

PRU 14: Pertembungan Kleptokrat lawan Demokrat.

Pilihanraya ke-14 yang mungkin bakal berkunjung tiba dalam masa terdekat ini akan memperlihatkan pertarungan diantara kleptokrat dan democrat. Pertarungan diantara mereka yang sedang dan telah merompak duit rakyat dan mereka yang sedar akan kebobrokan kerajaan dan badan-badar legislatif yang telah dimanipulasi atas niat politik sempit mereka. Pilihanraya pada kali ini juga akan memperlihatkan slogan Hidup Melayu! Dan Hidup Islam! Akan terus diperkuatkan di dada-dada akhbar media kawalan mereka untuk meniup semangat perkauman dan agama yang disempitkan oleh mereka. PAS juga tidak lari daripada turut mengikut rentak agama dan bangsa ini. Dari narrative Islam untuk semua, mereka beralih kepada spectrum baharu Islam dan Melayu seperti mana parti BERJASA laungkan dalam pilihanraya yang lalu. Narratif sempit ini sengaja dimainkan kerana UMNO dan PAS punyai political field atau padang perlawanan yang hampir sama yakni segmen pengundi Melayu, Islam, luar bandar, dan Mela...

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Kleptokrat

Pasca Perhimpunan Agung UMNO 2016 menyaksikan UMNO terus mara berdrama mempertahankan Ketuanan Melayu sebagai sentimen utama demi mempertahankan Ketuanan Kleptokrat yang sedang mentadbir negara ini. Berdekad lamanya golongan kleptokrat menggunakan kuasa politik untuk merompak hak rakyat demi kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka. Hebat tak hebat Najib, beliau berjaya dan dengan jayanya menutupi penglihatan ahli UMNO seluruh negara dengan  meniup sentimen Melayu dan Islam daripada melihat kebobrokan pimpinan kleptokrat yang sedang memimpin parti itu. Kedudukan UMNO yang semakin tergugat saban hari menyebabkan tindakan terdesak yang memperalatkan sentimen perkauman dan agama sebagai senjata dalam PRU-14 yang bakal berlangsung. Ketuanan kleptokrat inilah yang sedang merosakkan Melayu dan Islam, mereka bercakap kepada masalah yang mereka sendiri ciptakan atas tujuan politik. Justeru, rakyat perlu sedar bahawa pertembungan pada Pilih...