Skip to main content

ADAKAH PERUMAHAN DI MALAYSIA MAMPU MILIK?

Oleh Pemuda Amanah Nasional
Pemuda AMANAH Nasional melihat rumah merupakan keperluan asas atau dhoruriyyat dalam kehidupan manusia sejajar konsep maqasid syari’ah. Justeru, adakah rumah di Malaysia mampu milik selari dengan purata pendapatan rakyat di Malaysia?
Realitinya perumahan di Malaysia berada diluar kemampuan pendapatan rakyat iaitu 4.4 kali ganda (sumber Demographia) berbanding pendapatan median rakyat RM4585 kebawah. Terengganu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah adalah antara negeri yang sangat kritikal ketidakmampuan rakyatnya untuk memiliki rumah.
Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), sebuah institusi pro-pemaju menyatakan industri hartanah bagi setengah tahun 2016 menunjukkan bahawa perumahan yang dibina dibawah RM200 ribu hanya sekitar 14 peratus sahaja dari keseluruhan unit perumahan yang ditawarkan. Perumahan yang berharga RM300 ribu ke atas mendominasi pasaran perumahan iaitu lebih daripada 50 peratus.
Berdasarkan Laporan Bank Negara tahun 2015, harga rumah RM165,060 dikategorikan sebagai mampu milik. Majoriti rakyat di negara ini berpendapatan RM4,585 kebawah, maka rumah mampu milik adalah antara RM165,060 dan RM242,000. Malangnya, hanya 21 peratus sahaja rumah mampu milik yang dibina, lebihan penawaran adalah bagi hartanah bernilai RM500,000 ke atas.
Isu inflasi perumahan negara juga masih gagal ditangani dengan efektif sejak pelaksanaan RPGT, Moratorium, Stamp-duty serta beberapa inisiatif lain. Oleh itu, Belanjawan 2017 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak gagal menyentuh pemerkasaan aspek penawaran perumahan mampu milik dan mengekang kenaikan harga rumah yang berlipat kali ganda. Skim Pembiayaan Akhir yang dilaksanakan ditentang sekeras-kerasnya oleh Pemuda AMANAH dengan risiko dan impak negatifnya kepada pembeli untuk jangka masa panjang.
Justeru, faktor penawaran perumahan mampu milik yang rendah, harga rumah mahal tidak terkawal, serta pendapatan rakyat dan bebanan yang terus meningkat secara langsung memerangkap rakyat terbanyak dan bakal menjadikan generasi 'home-less' akan datang.
Pemuda AMANAH Nasional akan terus membongkar krisis perumahan negara yang berterusan menghimpit majoriti rakyat tanpa memilih kasih dan seterusnya menawarkan solusi-solusi bersifat jangka masa pendek dan panjang terhadap perumahan negara.
Ammar Atan
Exco Pemuda Amanah Nasional

Membina Negara Berintegriti

Comments

Popular posts from this blog

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan: a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak; dan b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak. Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana...

PESANAN KEPADA KAUM MELAYU YANG BIJAKSANA DAN BERMARUAH

Sejarah Melayu cukup tersohor dari pelbagai aspek, dari segi adat, budaya, politik, ekonomi, maruah, ketelusan, kebijksaanaan dan kuasa beraja. Namun kesohoran ini telah hilang apabila pemimpin Melayu sendiri telah merendahkan IQ kaum Melayu sendiri dengan sentimen politik perkauman dan agama yang sempit dan dibuat-buat. Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu. Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga. Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO dan pertubuhan-pertubuhan yang chauvinis telah sengaja menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang. Kerana pokok usaha sentiment ini dijalankan ialah untuk mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan R...

Sejarah Mahasiswa dan Aktivisme

Mahasiswa dan Aktivisme MOHAMAD AMMAR ATAN Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 14/15 Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat (GMR) Aktivisme mahasiswa era sebelum AUKU 1975 dan aktivisme mahasiswa pasca AUKU 1975. Dalam sorotan ringkas terhadap kampus dan kemahasiswaan di Universiti Malaya pada tahun 1957 hingga 1975, iaitu tahun pemindaan AUKU, diperjelas bahawa persekitaran yang menjadi latar belakang kepada pengenalan undang-undang terssebut. Jalur pemikiran dan perlakuan yang menjadi sebahagian landskap kampus zaman ini selain kerja-kerja akademik yang rutin adalah merangkumi juga kegiatan akademik yang turut mewarnai kehidupan kampus. Cara dan gaya hidup yang agak bebas atau liberal dari segi social dilihat sebagai percikan dan pancaran pengaruh secular-moden dalam masyarakat, atau dunia antarabangsa. Sementara itu, peringkat peribadi juga terkesan dengan persekitaran ini. Hiburan merupakan salah satu yang menjadi kegemaran sebahagian mahasiswa dan mahas...