Seorang lelaki muslim berumur 40-an suka menjelajah ke pelbagai negara yang berbeza budaya, agama dan benua. Minat yang tinggi pada agama dan falsafah-falsafah barat dan timur membuatkan beliau lebih teruja untuk menjelajah ke seluruh negara.
Setiap kali penjelajahan yang dilakukan saudara muslim ini ke seluruh negara pasti akan dinotakan secara terperinci tentang apa baik, buruk dan pengajaran yang diperolehi olehnya.
Terlupa saya untuk memperkenalkan, saudara yang saya maksudkan ialah Wafiuddin Rosli, orangnya biasa-biasa saja, tetapi minat beliau kepada agama dan budaya berbeza itu cukup tnggi.
Suatu masa itu, Wafi mengambil keputusan untuk memulakan penjelajahan beliau ke Jepun, di dalam fikirannya Jepun sebuah negara moden, maju dan bersih, perasaan eksitednya tidak dapat dilindungi, pelbagai status di media sosial dimuatnaik untuk tatapan orang ramai.
Penerbangan beliau ke Jepun pada tarikh 13 Mei 2016 dan bertolak pada awal jam 8 pagi. Setelah berjam-jam di dalam kapal terbang Air Asia, Wafi pun tiba di Tokyo dengan selamat, sambil-sambil fikirannya melayang memikirkan tentang keindahan di Jepun yang bakal ditemui.
Jelajah beliau di Jepun telah pun disusun dan diaturkan dengan lebih awal serta dibantu oleh rakan Jepun beliau yang ada di sana. Dengan adanya rakan yang akan menjadi tour guider, maka mudahlah Wafi menjelajah keseluruh pelusuk negara Jepun.
Setelah selesai hal-hal imigresen dan hal penginapan, Wafi tidak melengahkan masa, malam itu juga beliau terus mengambil waktu untuk menerokai bandar termaju dunia yakni Tokyo. Senario yang terindah yang beliau pernah hadapi sepanjang penjelajahan beliau di pelbagai kota negara.
Perutnya yang sedang, membuatkan beliau tidak lagi keruan untuk berjalan. Maka dijamahnya Mee Ramen Halal yang ada di bandar Tokyo.
Kekenyalan mee dan kesedapan sup itu cukup mengiurkan penulis sewaktu menulis cerita ini.
Penjelajahan Wafi ke seluruh Jepun diteruskan ke pelbagai lokasi signifikan yan ada di Jepun, malah Wafi juga mengambil kesempatan dii Jepun dengan melihat keadaan sosial rakyat di Jepun.
Di kepala otaknya, beliau meletakkan beberapa kriteria, seperti kebersihan, akhlak orang Jepun kepada orang tua dan malah beliau ingin membuat uji kaji dengan meletakkan beberapa barang berharga di lokasi terbuka di Jepun.
Selepas beberapa hari kajian yang tidak berbayar itu dibuat, beliau mendapati tahap kebersihan dilokasi-lokasi awam dan akhlak rakyat Jepun
kepada orang tua malah kepada antara satu sama lain itu sangat terpuji. Cuma satu yang saja yang beliau musykil, barang uji kaji yang digunakan
telah hilang, perkara ini dilaporkan kepada sahabat Jepunnya itu, sahabat Jepunnya itu pun terkejut besar dan beliau mencadangkan kepada Wafi untuk pergi ke balai Polis berdekatan untuk membuat laporan.
Difikiran Wafi, Jepun tidaklah seperti yang ramai sangkakan. Perjalanan ke Balai Polis berdekatan diteruskan. Setibanya di Balai Polis, beliau
melaporkan barang (beg) yang diletakkan di atas kenderaan beliau telah hilang, pihak polis menyiasat lagi dengan mengenal pasti jenis dan ciri-ciri
beg tersebut. Tanpa disangka-sangka Wafi terkejut bahawa beg yang sangkakan hilang itu rupanya telah diserahkan kepada pihak polis oleh orang awam yang menjumpainya.
Perasaan yang cukup terkejut dicampuri dengan teruja ini membuatkan beliau cukup kagum dengan apa yang beliau telah hadapi di tanah Jepun.
Setibanya masa beliau untuk pulang, segala hal-hal penginapan dan kelengkapan diselesaikan dengan kemas. Sebelum pulang, Wafi berjumpa dahulu dengan sahabat Jepunnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo.
Dengan perasaan yang cukup teruja yang belum habis sejak peristiwa itu, Wafi terus menceritakan apa yang telah beliau hadapi adalah satu yang kali pertama.
Panjang cerita Wafi tentang keindahan rakyat Jepun dalam hal kebersihan dan akhlak orang Jepun kepada rakannya itu. Maka Wafi menyimpulkan kepada rakannya itu,
"Inilah Islam yang sebenarnya" "Islam yang sebenar bukan sahaja tentang hubungan manusia dengan tuhan, tetapi juga dengan alam sekitar, hari ini saya dapat lihat ini semua di Jepun.
Mendengar kata Wafi itu, sahabat Jepunnya lantas menjawab "kamu bukan orang pertama yang cakap seperti ini, sebelum ini sahabat saya dari Tanah Arab pun bicara yang sama".
Sambung rakan Jepunnya itu, kenapa perlu kaitkan semua itu dengan Islam atau agama? Kami lakukan ini bukan kerana agama, tetapi ini adalah common sense dalam hidup bermasyarakat.
Tiada siapa malah tiada agama yang mahu alam sekitanya kotor, tiada siapa yang mahu untuk tidak selamat dan tidak aman. Jadi ini bukan soal agama, tetapi soal diri kita sendiri, agama itu mengukuhkan lagi.
Bagaimana di negara-negara barat seperti Finland, Denmark, Sweden dan banyak lagi tidak ada masalah seperti kebersihan, keselamatan, sekuriti dan malah isu rasuah, ini kerana common sense mereka itu tinggi, bukan kerana agama pun.
Persoalan besar kepada para pembaca, di mana nilai akhlak kita atau common sense kita kepada diri, masyarakat dan alam sekitar? Takkanlah nak tunggu fatwa dan banyak kerosakan baru nak bertindak? Ingat mencegah itu lebih baik! Peranan ini bermula pada diri kita terlebih dahulu.
Sekian penjelajahan ke dunia Jepun.
Ammar Atan
Comments
Post a Comment