RUMAH MAKIN MAHAL TAPI GAJI TAK MAHAL: SIAPA SENGSARA DAN APA SO LUSI? Dalam Belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober 2017, Perdana Menteri kita telah meletakkan beberapa inisiatif baharu seperti memperkenalkan Skim Pembiayaan Akhir (End-Financing), penghapusan duti setem sebanyak 100%, kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam ditingkatkan dari RM200,000 hingga RM750,000 dan inisiatif My Beautiful Home (MY BN Home). Kerajaan juga telah meletakkan beberapa usaha untuk meningkatkan jumlah penawaran perumahan mampu milik melalui PR1MA, SPNB, Rumah PPR, PPA1M dan lain-lain lagi. Melalui badan-badan yang diperuntukkan dibawah belanjawan didapati peruntukan bagi tahun 2017 telah meningkat sebagai contoh PR1MA meningkat peruntukan sebanyak 143 peratus dan PPA1M meningkat sebanyak 51 peratus. Adakah inisiatif ini memadai kepada generasi muda pada hari ini dan masa depan? Jawapannya tidak. Kerana melalui Belanjawan 2017 yang ...
Bachelor in Economics from University of Malaya, was a president for University of Malaya Student's Union (UMSU). Currently being active with political activism and social movement.