Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

ADAKAH PERUMAHAN DI MALAYSIA MAMPU MILIK?

Oleh Pemuda Amanah Nasional Pemuda AMANAH Nasional melihat rumah merupakan keperluan asas atau dhoruriyyat dalam kehidupan manusia sejajar konsep maqasid syari’ah. Justeru, adakah rumah di Malaysia mampu milik selari dengan purata pendapatan rakyat di Malaysia? Realitinya perumahan di Malaysia berada diluar kemampuan pendapatan rakyat iaitu 4.4 kali ganda (sumber Demographia) berbanding pendapatan median rakyat RM4585 kebawah. Terengganu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah adalah antara negeri yang sangat kritikal ketidakmampuan rakyatnya untuk memiliki rumah. Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), sebuah institusi pro-pemaju menyatakan industri hartanah bagi setengah tahun 2016 menunjukkan bahawa perumahan yang dibina dibawah RM200 ribu hanya sekitar 14 peratus sahaja dari keseluruhan unit perumahan yang ditawarkan. Perumahan yang berharga RM300 ribu ke atas mendominasi pasaran perumahan iaitu lebih daripada 50 peratus. Berd...