Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Atas Dasar Cintakan Negara, Rakyat Perlu Bangkit Menentang TPPA

Atas Dasar Cintakan Negara, Rakyat Perlu Bangkit Menentang TPPA - Mohd Ammar Atan Kesedaran rakyat pada hari ini mengenai ancaman globalisasi dan kuasa geopolitik TPPA terhadap Malaysia adalah pada tahap yang minima dan membimbangkan. Mungkin ada yang berpendapat bahawa perjanjian antarabangsa antara negara bukan perkara yang perlu diambil tahu secara mendalam kerana ia dianggap tiada kaitan dengan kehidupan seharian kita. Fenomena kejahilan ini merupakan pedagogi yang akan meranapkan masa depan mereka sendiri . TPP adalah perjanjian perdagangan yang sedang dirundingkan oleh 12 negara iaitu Malaysia, Amerika, Jepun, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Baru-baru ini juga Indonesia menyuarakan hasrat untuk turut bersama dalam perjanjian ini. Suatu perkara yang pelik dalam perjanjian ini ialah peraturan TPP bukan sahaja menyentuh isu berkaitan perdagangan, malah isu yang tiada kena mengena dengan perdagangan seperti pero...